.

Friday, March 12, 2010

duhai Palestin.......







Pesanan Surah At-Taubah

Petikan ayat-ayat suci Al-Quran ( Surah At-Taubah 12-18) ini dihimpun untuk punya hubung kait dengan isu kezaliman yang berlaku di bumi palestin. Moga kita bersama-sama dapat renungkan isi penting dari surah ini..

12: Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).

13: Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?




14: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.

15: Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

16: Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

17: Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.

18 : Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.


doa buat kekasih hati.......


Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah , jika aku jatuh cinta ,
Cintakanlah aku pada seorang insan yang melabuhkan cintanya kepadaMu ,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…

Ya Muhaimin , jika aku jatuh hati ,
Izinkanlah aku menyentuh hati seorang insan yang hatinya tertaut padaMu ,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana , jika aku jatuh hati ,
Jagalah hatiku padanya ,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati , jika aku rindu ,
Rindukanlah aku pada seorang insan yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah , jika aku menikmati cinta kekasihMu ,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah , jika aku jatuh hati pada kekasihMu ,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah , jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu ,
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan abadi
Hanya kepadaMU…

Amin…


Friday, February 19, 2010

ketandusan idea

salam..
sesungguhnya org tga ketandusan idea nk tulis sal ape kt blog nie..usha2 blog org lain semuanya best2 post diorg...hmmmmm

Saturday, February 13, 2010

cuti bertandang

salam...

"hai bunga....


Alhamdulillah daun dapat cuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina...huhuhu..dapat juga la daun balik ke rumah. Rindu dekat keluarga.. Sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan daun berada di semester 2 nieh. Banyak cabarannya. Banyak benda yang kena stdy..penyakit ini..penyakit itu.. Tapi, Alhamdulillah. Dapat mengikuti pembelajaran sampai hari ini. Ape yang penting??? Daun kena banyak usaha.. Tiada apa dalam dunia ini yang mustahil.. Insya Allah, bulan 3 nie daun akan menghadapi exam. So, Daun dh kena start stdy dari sekarang. Disebabkan keadaan kadang-kadang agak busy, sehingga terlalu penat dan tidak sempat untuk ulang kaji, hope daun dpt la cover sedikit sebanyak mana yang boleh agar tidaklah terlalu beban bagi daun untuk revision...

Tiada apa dalam dunia ini yang senaang.. Semua kena usaha. Apa-apa pun, tawakal dan redha apa pun jua hasil dan ganjarannya.. Niatlah dalam melakukan sesuatu itu kerana Allah S.W.T... Insya Allah, Allah akan memudahkan segala urusan kita..."







Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, December 18, 2009

kisah baju...


salam.. hai, bedak...hmm..hari ni sikat nak cerita pasal baju..kebetulan sikat tengok and try pakai baju yang dah lama sikat simpan nie. Cantik,tapi sayang sangat-sangat sebab sikat tak boleh pakai. Apa sebabnya?? itu rahsia..!! Bila sikat duduk sorang-sorang and terfikirkan baju tu, sikat relatekan kisah baju tu dengan kehidupan sikat...walaupun sikat tidak dapat pakai baju tu,tapi sikat tetap menghargainya sebab itu pemberian kakak sikat. Sikat sayang baju tu dan kadang-kadang sikat pakai sekejap.. Sikat tidak bagi baju tu kat sesiapa pun..

Dalam hidup sikat nie, sikat ibaratkan baju tu ialah persahabatan... walaupun sikat tak mampu nak menjadikan persahabatan (baju) tu berharga, gembira, make it more colourful tapi sikat tetap memperjuangkan persahabatan tu. sikat tetap sayangkan baju tu sebab baju tu adalah pemberian orang kepada sikat..bukan senang nak dapat baju yang ikhlas dari seseorang.. maknanya,tidak semua orang dapat memberikan persahabatan yang ikhlas kepada sesorang..sebab apa?? ramai orang kat luar sana hanya berkawan tapi, tidak berusaha untuk menjaga sebaik mungkin persahabatan yang mereka bina...
Anyway, anyhow..setiap hari adalah friendship day bagi sikat.sikat sayang semua kawan-kawan sikat...

Monday, December 14, 2009

dia


salam..


Awan...jumaat baru-baru ni kan, pelangi jumpa kawan baik pelangi yang selalu buat pelangi ketawa sekatika dulu.. Kesannya, pelangi pun berubah menjadi sedikit gile2..huhu..sikit je la. Dia seorang kawan yang amat baik bagi pelangi. Tapi,pesabahatan kami terjejas baru-baru ni. Dia pun semakin hari semakin berubah..Tiada gelak ketawa dalam persahabatan kami... Yang sedihnya, pelangi tak dapat nak membuatkan dia ketawa seperti mana dia telah buat pelangi ketawa sewaktu pelagi rasa amat sedih dulu.. Tapi, pelangi cuba jadi seorang kawan yang sentiasa berada dengan dia tak kira ketika dia senang or susah.. Pertemuan dengan dia baru-baru ni dapat la sedikit sebanyak membaiki persahabatan kami yang terganggu atas sebab-sebab yang tertentu.. Kata orang, "sekali kita berkawan,tetap akan berkawan sampai bila-bila, untuk selamanya...". Mungkin pelangi tidak mampu untuk menjadi seorang sahabat yang baik untuk dia, tapi pelangi akan cuba menjadi sabahat yang boleh bersama dengannya tidak kira senang ataupun susah. Tapi,itu terpulang juga pada dirinya... Akhir kata, semoga persahabatan kami terus berkekalan sehingga akhir hayat...