.

Sunday, March 21, 2010

exam

salam buat semua...

22/3/2010 (isnin) saya akan menghadapi peperiksaan.....bukan final.tapi format kali sedikit berbeza dari sebelumnya..umpama seperti final.semoga peperiksaan kali ini merupakan persediaan serta memberi semangat dan membina keyakinan diri untuk peperiksaan final pada bulan 5 akan datang. Insya Allah.. Adat hidup saya, setiap kali peperiksaan tiba,pelbagai dugaan akan bertandang tanpa diundang..Tapi,sebagai hambaNya yang lemah saya harus hadapinya dengan sabar dan tabah..Alhamdulillah, pertolongan daripadaNya memberi saya jalan keluar,mahupun ada juga sesetengah yang masih belum selesai, yang masih bergantung tanpa sebarang kesudahan.Namun ketengan dan ketenteram hati yang Allah bekalkan kepada saya memberi kekuatan dan semangat sehingga tidak menganggu kosentrasi saya untuk mengulangkaji pelajaran.. Malah,dugaan yang Allah timpakan kepada saya sedikit sebanyak menguatkan kecintaan saya kepada Allah Yang Maha Esa..
Terbaca saya kepada satu cebisan ayat "Cintailah penderitaan & ujian getir kehidupan kerana ia adalah sunnah para Rasul & nabi juga jalan hidup Kekasih2 Allah. Ia adalah anugerah terhebat, hadiah yang termahal kerana tidak yang pernah berani memintanya! Justeru tika payah, ikhlas & berbahagialah... Dlm doa & ayat2Nya, kau akan dipimpin untuk menyintaiNya..." Sejenak air mata saya mengalir deras. Terima kasih Ya Allah. Seperti dulu,setiap kali hati dilanda keresahan,kesusahan,kekecewaan....mak lah tempat saya mendapatkan penawar selain berdoa kepada Illahi. Mendengar suara mak,sudah cukup mendamaikan hati yang lara,yang kebingunggan.Tambahan pula dengan kata-kata semangat mak sebagai bekalan saya menghadapi peperiksaan. Alhamdulillah...... Biarpun kasih seorang abah tidak dapatku raih kini,namun kasih mak mengubat hati seorang anak yang amat merindukan kasihnya seorang abah. Dialah mak,dialah abah selama lebih 7 tahun.......




Tiada manusia yg berjaya dlm semua yg dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan.Yg penting ialah kita tak mjdi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad




Kegagalan sebenarnya memberi banyak pengertian kepada kita. Membuatkan kita bermuhasabah dengan apa yang telah kita lakukan,yang kita uasaha. "Kenapa kita gagal" Dari situ kita akan melihat kembali sebanyak mana usaha yang telah kita usahakan, sekukuh mana ukhuwah kita dengan orang-orang di sekeliling kita, sebaik mana ikatan kemesraan dengan ibu bapa dan yang paling utama sedekat mana hati kita dengan hati ALLAH S.W.T??? Lantas,dari situlah kekuatan untuk meneruskan perjuangan akan mencetus dalam diri. Janganlah mudah berputus asa... Tidak salah rasa sedih atas kegaaglan diri kerana fitrah manusia untuk merasa sedih dengan kegagalan yang menimpa. Tapi,harus kita ingat bahawa setiap apa yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik dan setiap yang berlaku ada hikmahnya....Bangkitlah,kerana kita generasi umat Islam yang akan menghadapi pelbagai lagi dugaan dan cabaran....Jadikanlah kegagalan satu medan untuk kita berjaya pada hari-hari esok..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya terhadap kebaikan. Bersungguh-sungguh lah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu mengatakan “seandainya aku melakukan begini niscaya akan begini dan begini”, akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentakdirkan hal itu, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan “seandainya” akan membuka perbuatan syaitan”
--diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah r.a--

Mohonlah pertolongan Allah S.W.T sesungguhnya Allah sentiasa rindukan suara-suara hambaNya berdoa kepadaNya.. Allah Maha Penyanyang dan Maha Pemurah..Dia sentiasa bersama hambaNya tidak kira apa juga keadaan. Maka,janganlah kita sombong dan angkuh untuk berdoa meminta pertolongan kepada Allah. Walaupun kita merupakan seorang yang bijak pandai,belum tentu segala apa yang kita kerjakan,usahakan mendapt berkat daripadaNya...Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Berkuasa...DIA berkuasa untuk memberikan nikmat kepada sesiapa sahaja hambaNya,malah DIA juga berkuasa untuk menarik kembali kenikmatan itu...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Semoga azam,semangat dan kekuatan dalam diri ini dapat membantu saya menghadapi peperiksaaan pada hari esok. Berbekalkan ilmu di dada, dan usaha sebagai pengasah diri untuk berjaya serta doa sebagai senjata semoga hati ini tenang dan dipermudahkan segala urusan.. Amin...

Semoga kejayaan milik saya dan juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa bersama di barisan hadapan dalam mengejar ilmu pengetahuan.

Buat barisan tenaga pengajar,terima kasih atas pengorbanan kalian yang tidak dapat dibalas walaupun gaji kalian masuk every month untuk mengajar kami kerana pengorbanan kalian berlandaskan keikhlasan yang menggunung tinggi sehingga tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Doakan kejayaan kami...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, March 12, 2010

duhai Palestin.......







Pesanan Surah At-Taubah

Petikan ayat-ayat suci Al-Quran ( Surah At-Taubah 12-18) ini dihimpun untuk punya hubung kait dengan isu kezaliman yang berlaku di bumi palestin. Moga kita bersama-sama dapat renungkan isi penting dari surah ini..

12: Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).

13: Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?




14: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.

15: Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

16: Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

17: Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.

18 : Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.


doa buat kekasih hati.......


Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah , jika aku jatuh cinta ,
Cintakanlah aku pada seorang insan yang melabuhkan cintanya kepadaMu ,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…

Ya Muhaimin , jika aku jatuh hati ,
Izinkanlah aku menyentuh hati seorang insan yang hatinya tertaut padaMu ,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana , jika aku jatuh hati ,
Jagalah hatiku padanya ,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati , jika aku rindu ,
Rindukanlah aku pada seorang insan yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah , jika aku menikmati cinta kekasihMu ,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah , jika aku jatuh hati pada kekasihMu ,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah , jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu ,
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan abadi
Hanya kepadaMU…

Amin…


Friday, February 19, 2010

ketandusan idea

salam..
sesungguhnya org tga ketandusan idea nk tulis sal ape kt blog nie..usha2 blog org lain semuanya best2 post diorg...hmmmmm

Saturday, February 13, 2010

cuti bertandang

salam...

"hai bunga....


Alhamdulillah daun dapat cuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina...huhuhu..dapat juga la daun balik ke rumah. Rindu dekat keluarga.. Sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan daun berada di semester 2 nieh. Banyak cabarannya. Banyak benda yang kena stdy..penyakit ini..penyakit itu.. Tapi, Alhamdulillah. Dapat mengikuti pembelajaran sampai hari ini. Ape yang penting??? Daun kena banyak usaha.. Tiada apa dalam dunia ini yang mustahil.. Insya Allah, bulan 3 nie daun akan menghadapi exam. So, Daun dh kena start stdy dari sekarang. Disebabkan keadaan kadang-kadang agak busy, sehingga terlalu penat dan tidak sempat untuk ulang kaji, hope daun dpt la cover sedikit sebanyak mana yang boleh agar tidaklah terlalu beban bagi daun untuk revision...

Tiada apa dalam dunia ini yang senaang.. Semua kena usaha. Apa-apa pun, tawakal dan redha apa pun jua hasil dan ganjarannya.. Niatlah dalam melakukan sesuatu itu kerana Allah S.W.T... Insya Allah, Allah akan memudahkan segala urusan kita..."







Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, December 18, 2009

kisah baju...


salam.. hai, bedak...hmm..hari ni sikat nak cerita pasal baju..kebetulan sikat tengok and try pakai baju yang dah lama sikat simpan nie. Cantik,tapi sayang sangat-sangat sebab sikat tak boleh pakai. Apa sebabnya?? itu rahsia..!! Bila sikat duduk sorang-sorang and terfikirkan baju tu, sikat relatekan kisah baju tu dengan kehidupan sikat...walaupun sikat tidak dapat pakai baju tu,tapi sikat tetap menghargainya sebab itu pemberian kakak sikat. Sikat sayang baju tu dan kadang-kadang sikat pakai sekejap.. Sikat tidak bagi baju tu kat sesiapa pun..

Dalam hidup sikat nie, sikat ibaratkan baju tu ialah persahabatan... walaupun sikat tak mampu nak menjadikan persahabatan (baju) tu berharga, gembira, make it more colourful tapi sikat tetap memperjuangkan persahabatan tu. sikat tetap sayangkan baju tu sebab baju tu adalah pemberian orang kepada sikat..bukan senang nak dapat baju yang ikhlas dari seseorang.. maknanya,tidak semua orang dapat memberikan persahabatan yang ikhlas kepada sesorang..sebab apa?? ramai orang kat luar sana hanya berkawan tapi, tidak berusaha untuk menjaga sebaik mungkin persahabatan yang mereka bina...
Anyway, anyhow..setiap hari adalah friendship day bagi sikat.sikat sayang semua kawan-kawan sikat...