Wednesday, April 7, 2010
Hmm..dah 3 hari saya di wad 8 medikal lelaki…Alhamdulillah,semuanya ok la..Cuma ada la beberapa perkara yang agak tidak sedap untuk diingatkan….Penat lelah yang saya dan kawan-kawan lain usahakan dibalas dengan kata-kata yang amat sinis.Memang tanggungjawab kami untuk menjaga keselamatan,kebersihan di wad lebih-lebih lagi untuk patient-patien sekalian,malah kami tidak mengharapkan balasan pun.Kami lakukan seikhlas hati kami... Tapi,kami juga manusia di mana kadang-kadang kami terlepas pandang satu dua perkara..Melakukan kesalahan,kesilapan.Tapi,janganlah sampai menuduh kami tidak buat kerja. Apa-apa pun,tahniah kepada kawan-kawan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus mengemas wad yang macam tongkang pecah kepada wad yang tersusun,kemas,dan sedap mata memandang….Biarpun kita tak dapat kejar banyak cross untuk minggu ini,tapi semoga kepuasan bekerja itu wujud dalam hati kita semua.Insya Allah
Dah 2 hari saya di wad 8, muka saya dah kena ‘cop’ untuk dimarahi dengan sister nieh..huhuhu..tidak mengapalah..banyak benda yang saya belajar dari situ. Bila terkenangkan balik,lawak pula jadinya. Semoga semangat saya terus berkobar untuk berbakti kepada pesakit-pesakit di wad…Terkenagkan harapan mak,semangat mak kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang nursing ni saya kuatkan juga semangat yang ada.. Tanpa semangat dari mak,rasanya saya sudah lama keluar dari bidang ini. Terima kasih mak…..Syukur,Alhamdulillah.sejak saya masuk bidang inilah hubungan saya dengan mak bertambah akrab sehingga ada kawan gelarkan saya anak manja…. Saya tak kisah dengan gelaran tu.Bertambah suka,adalah….Ada hikmat disebalik kata-kata tu……
Baru-baru ini,saya ke kedai buku untuk mencari bahan bacaan bagi memenuhi masa senggang yang ada. Saya memang suka membaca. Kalau tidak berkesempatan mendapatkan bahan-bahan bacaan seperti majalah,novel or lain-lain saya akan online dan search blog-blog yang member informasi yang bermaanfaat terutamanya berkaiatan dengan isalam.. Kebetulan semasa saya mencari buku yang hendak dibeli, dengan izin Allah,saya terjumpa buku yang saya idam-idamkan… DENYUT KASIH MEDIK… cerita yang mengisahkan seorang doctor pelatih yang berusaha menegakkan syariat Islam dalam kerjayanya sebagai seorang doctor. Buku ini menarik perhatian saya kerana terkenangkan cita-cita saya untuk menjadi doctor tidak kesampaian,so teringin sekali saya menerokai sebenar-benar kehidupan seorang doctor. Kebetulan pula, kehidupan sebagai seorang doctor agak tiada bezanya dengan kehidupan seorang nurse. Cuma, sedia maklum yang cabaran menjadi seorang doctor tiada tandingan dengan kerjaya lain..
Terkenangkan seorang teman yang sudah lama tidak dihubungi. Berat rasa di hati untuk mengganggu dia. Semoga dia sihat dan dalam keadaan yang baik-baik sahaja…. Tatkala masalah menimpa diri ini,dialah teman yang sentiasa member sokongan dan dorongan. Tapi,memandangkan jarak kami yang terlalu jauh,serta kebatasan waktu yang menghalang untuk saya berkongsi kesedihan saya atas kegagalan yang menimpa pada hari ini. Barangkali,Allah sudah tidak mengizinkan untuk saya berkongsi cerita dengan dia lagi..Apa-apa pun,semoga Allah berikan yang terbaik buat kami…
Bukan senang nak bina kembali kekuatan diri setelah jatuh ditimpa ujian.. Jikalaulah sebelum ini saya sering member kata-kata semangat,motivasi kepada kawan-kawan saya yang lain,kenapa bila tiba waktu saya,mesti saya merasa amat lemah,amat sedih,kecewa??? Kenapa kata-kata positif yang saya hemburkan dari mulut saya sendiri tidak meresap ke dalam hati saya?? Persoalan yang berlegar-legar di fikiran ketika ini. Jadi,muhasabahlah wahai diri. Carilah mana silapmu,mana kelemahanmu…. Perelokkanlah apa yang tidak elok. Sekurang-kurangnya,jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Ambillah masa tenangkan hatimu yang celaru ini. Dekatkanlah diri kepada Yang Maha Mencipta. Sesungguhnya, DIA lebih mengetahiu apa yang engkau tidak ketahui..
Semoga kegagalan ini menambahkan lagi ketabahan dan kesabaran di hati..insya Allah……sekian……
Saturday, April 3, 2010
cerita misi
Salam…
Hari ni hari last saya di wad medical 9..wad perempuan…next week, masuklah pulak wad medical 8..wad lelaki.. Nie agak mencabar di sini. Lebih-lebih lagi,hanya batch kami sahaja di wad tersebut. Hope,kami dapat kejar cross kami. Nak selesaikan dengan secepat mungkin sebelum exam sumatif. Alhamdulillah,seminggu di wad 9 banyak benda yang saya telah pelajari. Semalam dengan hari ini,keadaan wad amat la aktif. Sampai naik lenguh-lenguh kaki,sakit tumit usah dikata la..huhuhu… semalam terlalu ramai patient yang addmition..terkejar-kejar buat kerja.. Macam manalah staffnurse di wad buat kerja kalau student nurse tak ada time mcm ni erk?? Hari ni,addmition x ada. Cuma repeat 2 hourly ramai.. Sakit pinggang den!! Huhuhu. Hari ni pulak hujan lebat + rebut petir yang kuat!! Nak tido pun,dapat la rest setengah jam…. Jadi la kan??huhu…
Sepanjang di wad 9, dah jumpa macam kerenah patient. Tapi,lagi banyak masa sem 1 dulu. Mungkin masa tu pengalaman pertama mengadap patient kan.. Cuma yang menarik perhatian saya adalah patient +ve HIV nie. Tambahan pulak,dia ada infection di otak. Ada nanah di sebahagian kecil di otak.. Beborak la dengan si ibunya… Kasih si ibu,jagalah juga anak tu even tak larat mana. Tetap senyum dengan orang sekeliling. Betapa tabahnya hati insan ini.
Hari ini saya membantu doctor dalam prosedur melakukan CVP.. Memang mencabar. Bukan senang kut nak wat prosedur tuh. Lebih-lebih lagi, patient tu mesti rasa sakit even dah diberikan ubat tahan sakit sebelum prosedur dilakukan.. Yang kelakarnya,doctor ni pakai mask. Biasalah,bila orang yang pakai mask bercakapkan kedengan tak berapa jelas..semasa prosedur CVP tu,doctor bagi arahan taw.. suruh ambilkan piring. Saya ni pun pelik la jugak kan… nak buat apa dengan piring. Lantak lah..sebab tangan doctor tu pn dah penuh dengan darah and sibuk masukkan catheter . So,malas la saya nak tanya banyak-banyak. Pergi je la ambil piring tuh. Kebetulan senior saya ada sekali time tuh.. Dia pun duk gelak..bukan piring la… three way laa..hahahahaha…adesh..g la berlari cepat-cepat cover malu.kih3~ nasib baik tak ramai yang ada kat situ.. malu weh.hahahhahaha…adei la.. Tak apelah,at least dalam keadaan yang tegang tuh boleh jugak la gelak-gelakkan?? Kalau tak,stress weh!! Hik3~
Bila dah berkerja di wad ni, keikhlasan tu amat-matlah penting. Even sibuk macam mana pun, penat, letih…..insya Allah, kepuasan tuh tetap ada. Bekerja dengan perasaan yang seronok, happy akan member kesan kepada kita. Bila saya penat sangat-sangat di wad,cukup la hanya melihat keadaan patient saya terutamanya yang tua-tua nie. Memang menyentuh hati. Terfikir,seandainyalah mak di tempat mak cik nie??
Ada banyak lagi nak cerita. Tapi…… tak tertaip rasanya..huhuhu..apa-apa pun,semoga segala pekerjaan yang telah lakukan mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT..Insya Allah..
Jika
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi
( L )
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu
( P & L )
( korus )
Jika memang masih bisa mulut ku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali
( P )
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi
( L )
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

( ulang korus 3X )
Friday, April 2, 2010
Lupakan Orang Yang Tak Sudi
Memanglah sukar untuk melupakan seseorang yang kita cintai sepenuh hati. Tiada seorang pun manusia yang akan dapat semua yang diingini di dalam hidupnya. Walaupun pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa terpaksa menerima dengan hati yang reda. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang berbeza.
Jika orang dah tak sudi, jauhkanlah diri daripadanya. Janganlah menyeksa diri sendiri kerana bila kita semakin dekat dengan orang yang kita cintai, kita akan semakin menderita. Anggaplah apa yang terjadi sebagai satu pengajaran.
Mungkin dulu kita pernah menyakiti hati orang lain.Sedarlah apa yang pernah kita lakukan pada orang lain walaupun bukan orang yang sama membalasnya pada kita, tetapi balasan daripada Tuhan tetap ada dalam pelbagai cara. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat menginsafkan kita supaya tidak mempermainkan perasaan orang lain pada masa depan.
Kadang-kadang kita rasa, inilah cinta kita yang sejati. Tetapi kita hanya sedar selepas kehilangan orang yang kita cintai.
Oleh kerana ego terlalu tinggi kadang-kadang susah untuk kita menerima hakikat bahawa kita sudah tidak dicintai lagi. Merasakan kita masih dicintai kadang-kadang hanyalah andaian serta mainan perasaan untuk menyedapkan hati sendiri.
Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tuesday, March 30, 2010
hari pertama dan kedua..
Hari nie dh hari kedua saya masuk klinikal di wad. Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar. Seronok sangat2...Nak cerita kisah semalam,x sempat nak taip. Letih yang teramat sangat..Biasalah,first day. Dah lama x kena berdiri lama,dah lama x buat kerja kan..Tumit berdenyut-denyut...Anyway,anyhow....tetap enjoy......Actually semalam berlaku satu kejadian yang amat menyedihkan. Tapi,Alhamdulillah.Selapas dapat meluahkan segalanya kat mak dan seorang teman saya dapat menstabilkan emosi saya. Kalau tidak,seharian la saya menangis. Biasalah,menangis tu hobi saya bila ada masalah. So far, Alhamdulillah. Tidaklah sekronik dulu. Sampai bengkak2 bijik mata..huhuhuhu...... Nak buat macam mana,saya bukanlah seorang yang kuat semangat,secekal hati orang lain. Sebab tu lah orang2 di sekeliling saya amat penting bagi saya. Tapi tidak semestinya mereka semua itu akan menolong saya, bersama dengan saya ketika susah,ketika saya sedih..hurm,xpelah.malas la nak bukak cerita tuh. Semalam saya dah dapat buat ECG. Alhamdulillah,makin lama makin saya faham tentang ECG. Cuma bacaan wave die tu masih lagi kabur. Senior pun x berapa nak taw. Keadaan wad semalam aktif sangat2. Ramai yang addmition......tu balik tuh agak kepenatan..
Masuk hari nie,hari kedua...wad pasif. Tapi kerja tetap ada..huhuhu......Hari ini dapat la observe kawan buat injection. Saya x ada rezeki nak buat sebab patient yang saya dapat tu ada masalah sedikit. Terkilan la jugak. Tapi x apalah. Masa masih ada. Kemudian saya bersama yang lain ambil bacaan peak flow meter untuk asthmatic patient...Kebetulan ada la seorang doktor pelatih bersama kami. Excited doktor tu nak tengok cara procedure tu..huhuhu....Selepas buat peak flow meter, Kak Haniz bagi makcik tu Nebulizer combivent...kemudia, bacaan peak flow meter diambil sekali lagi. Bila buat perbandingan,makcik tersebut semakin pulih..Alhamdulillah,petang tadi juga dia discaj.... Seronok sangat2....
Nak cerita apa lagi yer?? Nak cerita yang lawak2...ada.Tapi memandangkan mata yang dah nk tertutup nie, saya tangguh je la dulu coretan say ni erk?? Semoga semangat saya untuk bekerja di wad terus membara umpama obor api yang menyala.......Bila bekerja di wad,Alhamdulillah...Saya tidak la terlalu fikirkan benda yang remeh temeh....
Terima kasih yang terhingga kepada semua yang banyak memberi sokongan emosi kepada saya sebelum sesi praktikal di wad...Terumanya kepada mak yang sentiasa berada di sisi saya tidak kira apa pun yang berlaku dan sentiasa menyenangkan hati saya di saat gundah-gulana...Doa2 yang mak ajarkan,Insya Allah,akan di praktikkan. Dan kepada yang menjadi pembakar semangat saya dengan kata2 sokongan pada hari semalam,terima kasih sangat2. Walaupun jauh,walaupun memalui mesej andalah banyak memberi kata2 semangat kt saya. Maaf,kalau banyak menyusahkan...semoga anda pun cepat sembuh yer??
Sebagai penutup, setiap pekerjaan yang kita lakukan mestilah niat Lillahi Ta'ala..serta sedalam-dalam keikhlasan di hati.....Insya Allah,tidak kira apa pun yang akan berlaku,Allah akn memberkati apa yang kita lakuan..Insya Allah....
Saturday, March 27, 2010
DESTINASI CINTAhttp://www.blogger.com/img/blank.gif
Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye