.

Friday, February 4, 2011

menghampiri penghujung usia



Salam…

Sudah lama meninggalkan ruangan blog nie kesepian… kesibukkan di kolej dan assignment yang berat-berat semester kali ni membataskan untuk terus mengupdate blog nie…huhuhu… terlalu banyak yang hendak diceritakan sampai tak tahu mcm mn nak mulakan and cite ape yang nak dikongsikan…huhuhu…

Bersyukur pada Allah atas kesempatanNya memberi aku peluang untuk terus hidup selama 20 tahun ni…Aku masih diberi peluang menikmati nikmatNya yang tiada terkira…Alhamdulillah…semoga aku menggunakan peluang ini sebaik mungkin… Rasa penuh keinsafan apabila umur semakin meningkat di mana penghabisan usiaku semakin dekat….apakah ibadat, amal jariah sudah cukup menampung kehidupan aku di sana kelak???

“ Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau memberi petunjuk dan hidayah kepadaku”….

Semakin umur meningkat, semakin tercabarlah dalam menghadapi liku-liku kehidupan di dunia ini yang penuh pancaroba…. Apakah mampu aku menghadapi semua ini dengan hati yang cekal dan sabar?? Aapakah nanti, aku mampu memperjuangkan agama Allah?? Berjihad keranaNya?? Ya Allah, apabila persoalan itu bermain di jenak pemikiran….hati menjadi gundah-gulana.. Betapa lemah hambaMu ini, ya Rabbi….
Apa-apa pun, setiap mukmin ada senjatanya sendiri..iaitu DOA….yang aku mampu adalah berusaha, berdoa dan tawakal kepadaMu, ya Allah…. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas sesuatu perkara….Yang Maha Agung….

Buat bonda yang telah mengandungiku selama 9 bulan, menahan kesakitan,bertarung nyawa demi melahirkan seorang zuriat, menyusukanku, menjagaku melebihi keperluan diri sendiri, mendidik dan mengasuh,memberi pelajaran dan yang paling penting mendidik aku menjadi seorang insan yang beragama Islam….







Terima kasih yang tidak terhingga buat bonda….walaupun ucapan terima kasih ini tidak dapat menandingi segala apa yang telah bonda berikan kepada ankanda selama ini…Anakanda hanya mampu berdoa semoga bonda dirahmati dan diberkati Allah selalu, diberi kesihatan tubuh badan utk beribadat dan hanya Allah sahajalah yang mampu membalas budi baik, jasa dan pengorbanan yang telah bonda lakukan buat anakanda selama ni… Dan pada hari ini, dirimulah merupakan mak dan abah buat aku dan adik-beradik yang lain….

Buat para sahabat yang mendoakan kejayaan dan kesejahteraanku sempena hari lahir yang ke-20 pada 7 januari 2011, terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua…semoga kita sama2 mengecapi kejayaan..Insya Allah….

Ada 1 kisah yang telah berlaku pada hari lahirku pada tahun lepas yang memberi kesan mendalam kepadaku sehingga ke hari ini.. apa-apa pun, semua itu hanyalah tinggal kenangan …

Di saat hati meruntun kesayuan mengimbau kenangan lalu, akhirnya aku tersenyum jua...terima kasih kepada yang telah memberikan senyum kepadaku.... (^ ^)






tengs kepada semua yg terlibat

Saturday, January 1, 2011

Kesamaan di sebalik Perbezaan

Kalau mencari perbezaan
Yang jelas di mata
Adalah kelainan dan berlawanan
Ketaranya pertentangan

Anggaplah ketidaksamaan itu
Rahmat yang menjadikan kehidupan 
Lebih berseri dan bermaya
Merangsang produktiviti
untuk diri dan agama
Mencerna ukhuwah yang meriah
Diskusi dan muzakarah
Sebagai medan menyelesai masalah

Tidak perlu saling menonjol diri
Aku sahajalah yang cantik!
Aku sahajalah yang betul!

Marilah melihat kesamaan....di sebalik perbezaan
Bahawa...."setiap Muslim itu bersaudara"
Bertuhankan Tuhan yang sama 
Bernabikan Nabi yang sama

Cuma yang benar-benar membezakan
Yang menjadikan hina atau mulia
Hanyalah keimanan dan taqwa kepadaNya...

~di petik dari Majalah Anis edisi Januari 2011~

Friday, December 24, 2010

cerita ini cerita itu


Salam..
Wah2, sudah lama koi (saya dalam loghat org Pahang)  tak update ini blog…hehehe. Tengah berseronok cuti sem… Alhamdulillah, after this holiday dah nak masuk sem 4. So, dah separuh jalan koi berada dalam bidang nursing ini. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah atas kekuatan dan semangat yang Engkau berikan kepada hambaMu ini walaupun kadang-kala berbekalkan airmata. Syukur yang tidak terkira atas keputusan exam final yang telah lama koi harapkan akhirnya menjadi kenyataan.. apa-apa pun, koi kena work harder to makesure koi dapat apa yang koi impikan di penghujung garisan penamat koi dalam bidang misi nie…




Alhamdulillah, atas kurniaan rezeki yang Allah berikan kepada koi… Akhirnya koi dapat juga beli laptop dan broadband dari duit koi sendiri. Semoga lebih mendapat keberkatan dari usaha koi sendiri. Amin… Walaupun terpaksa korek duit dari simpanan tabung haji…hmmmm,rasa sayang yang tak terkira sebab duit tu disimpan untuk ke Tanah Haram 1 hari nanti tapi, koi akan berusaha untuk kembali menyimpan duit supaya koi dapat jugak menjejakkan kaki di Tanah Haram.. Insya Allah…




Cuti kali ini banyak menghabiskan masa di rumah…kemas rumah, memasak…main dengan askar-askar kecik (anak-anak sedare) hehehehe… tengok tv…yang kelakarnya,dah lama koi tak tengok tv. Mulalah bila tengok drama ke,ape ke duk tanye macam-macam…last2, rupanya first dan last jugaklah koi tengok cite tuh..cite ape erk?? Ooohh, cite Ahmad Durrah x silap koi..hehhehee…nak tengok berita…xde mood..asyik-asyik pasal politik yang tak habis-habis menunjukkan perpecahan antara sesama manusia…boring2! Langsung tak memberi apa-apa faedah kepada generasi muda..


Coretan kali ni jugak nak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kawan koi yang kecik molek, sarah raisuddin…eh! Silap2… SARAH ARUPIN yang akhirnya dapat jugak fly..hehehe..tumpang gembira buat sarah!! Aisyh..!! jeles2…sorang lagi kawan koi fly without wings ke Negara orang. Bilalah koi nak merasa ke sana..hmm…… Anyway, sarah! Take care yourself yerp!! Belajar elok2, rajin2… kot2 dapat jodoh kat sana, mana tau erk?? Hehehhee… duduk kat sana nanti jangan lupa mak ayah, kawan-kawan terutamanya aja yang chubby nie..huhuhu saranghae!!!




So, naik cuti nie, Insya Allah koi akan ambil test JPJ untuk lessen kereta. Lulus tak lulus tue x taw la nak kata macam mana.. tawakal je lah…  Yang pasti, buat yang terbaik.. chaiyok2 buat kak ira akan sama-sama akan ambik test kereta nanti..hehehe




Ok lah, koi tak taw nk cite ape sebenarnya..saje2 nk update blog nie. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru.. So, time untuk buat senarai azam untuk tahun depan. Semoga tahun yang akan datang ini memberi semangat dan kekuatan dalam memajukan diri sendiri, keluarga, agama, bangsa, negara, bla..bla..bla… dan sempena usia ladang rumput yang telah diusahakan oleh tukang kebun telah menjangkau sebulan lebih, koi doakan semoga ladang rumput ini akan terus menyerikan hari-hari yang akan mendatang!! Heheheehee 

:)









Monday, December 6, 2010

selamat tahun baru

salam...

sekejap sahaja masa berlalu..1432 hijrah mendatang dan berlalulah 1431 hijrah,...semoga kita semua dikuatkan iman dan diteguhkan tiang agama kita....Kuatkan semangat untuk mencapai azam kita pada tahun baru ni...Insya Allah....



Thursday, December 2, 2010

mampukah aku??

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...



Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta di dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
 

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...


Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
 
 
(PUISI DR BLOG Dr. CINTA)
 
 







Sunday, November 21, 2010

rehat seketika

salam...

dah lame tak update blog..huhuhu. after habis exam, kena sambung balik praktikal di wad. dapat posting wad 17 (wad kanak-kanak medical). tersangat mencabar!!! kes-kes yang berat jugak la...tapi, satu pengalaman yang best sangat sepanjang posting kat wad kanak-kanak...!! huhuhu......

mendengar macam-macam celoteh anak-anak di wad, melayan kerenah masing-masing...huhuhu...permata hati ayah bonda,penyejuk hati dan jiwa!! walau ditimpa dugaan Allah dengan 'ketidaksihat' (ada ke perkataan ni??) tapi, keceriaan tetap terpancar di wajah masing-masing..

dalam melayan kerenah mereka yang mencuit hati, mendengar macam-macam perkataan yang keluar dari mulut mereka..seperti, "mama, nak uwun (turun)", "nanak, atit-atit (tak nak, sakit-sakit)", "papa,uwar apik dah bacah, ukar la (seluar dah basah, tukar la)"...hehehhee..banyak lagi la....comel-comel je bunyinye...

main dengan anak-anak di wad sampai sakit pinggang ni...duduk dukung sorang pas sorang...lebih-lebih lagi yang beratnya sampai 10kg lebih...huaaaaa......tembam-tembam belaka then, yang paling penting comel!!! huhu.so, apa lagi?? sedap la duduk mencium-cium pipi-pipi yang montel-montel!! hahahaha...habis merah pipi si chubby-chubby dikerjakannya..hehehhehe.bukan apa, dapat jugak la melepaskan rindu kepada askar-askar kecik yang dah lama tak jumpa..cepat la cuti.tak sabar nak balik!!!


dalam keseronokan bermain dengan anak-anak di wad, ada juga kisah yang menyentuh hati dan perasaan...dalam beberapa hari barulah terdetik hati ni masuk ke bilik isolation 1 yang menempatkan kanak-kanak yang kronik ataupun berpenyakit yang mudah berjangkit. sambil membaca sejarah hidup adik ini, jiwa tersentuh sangat-sangat. rupa-rupanya adik yang berusia 11 tahun ini menghidap HIV. adik ini merupakan mangsa keadaan yang di mana dia terpaksa menanggung penderitaan akibat kesalahan ayahnya yang merupakan seorang penagih dadah. adik ini merupakan anak yatim piatu dan tinggal bersama mak ciknya..syukur, kerana adik ini masih mempunyai saudara yang masih menerima insan sepertinya yang mempunyai penyakit yang dipandang keji oleh ramai. namun begitu, melihatkan keadaan dia, hati ini berkata adakah anak ini akan menerima nasib yang sama seperti ayah dan ibunya?? semoga Allah memberimu ketabahan dan kekuatan untuk terus bersemangat meneruskan kehidupan dik...dengan azam,semangat dan jiwa yang kental serta tidak putus asa akan memberi sinar dalam hidupmu.... "Ya Allah, berilah adik ini kekuatan dalam menempuhi liku-liku kehidupannya kerana dia adalah anak yang tidak berdosa yang tidak tahu apa-apa. Amin..." dan untuk kalian di luar sana, beringatlah. segala tindak-tanduk kita mungkin tidak memberi kesan kepada diri kita. tapi, mungkin ia akan memberi kesan kepada generasi kita, keturunan kita, anak,cucu cicit kita yang akan datang...seperti dadah, rokok, judi, rasuah dan zina....janganlah biarkan mereka tanggung derita akibat daripada kesalahan yang kita lakukan sedangkan mereka tidak bersalah...berilah mereka peluang untuk hidup dengan kesejahteraan...jangalah memusnahkan masa depan mereka yang akan memberi sinar kepada dunia....

kisah kedua mengenai adik dibilik isolation 2 yang menghidap penyakit kanser. rambutnya habis gugur disebabkan kesan ubat kemoterapi yang hampir masuk kali ke-4... adik ni baru sahaja berumur 2 tahun lebih...Ya Allah, lebih kurang sebaya dengan anak sedaraku..." sesungguhnya ujian Allah sungguh besar buat dirimu,adik. semoga cepat sembuh dan dapat kembali bermain dengan kawan-kawan dirumah nanti...lepas itu, boleh pergi sekolah, belajar dan bermain bersama rakan-rakan yang lain...ok??

terkenangkan adik una yang pernah diceritakan pada post sebelum ini. Alhamdulillah, awal november baru-baru ini adik una telah selamat menjalani pembedahan jantung di IJN...semoga adik una cepat sembuh ya...dan kepada akak fatimah amirah (kakak kepada adik una) semoga Allah terus memberi akak kekuatan dalam menjaga amanah arwah parent akak untuk menjaga adik-adik akak yang lain dengan baik...

itulah coretan hidup.....kadang-kadang kita sangka ujian, dugaan yang melanda kita adalah sehebat-hebat ujian, dugaan..tapi, sedarilah bahawa lebih ramai lagi orang di luar sana yang mendapat ujian dan dugaan yang lebih hebat dari kita...sesungguhnya ujian dan dugaan itu datang dari Allah, Yang Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa...jangan berputus asa untuk menadah tangan berdoa kepadaNya...sesungguhnya DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...

semoga segala pengalaman aku di wad kanak-kanak meberi peringatan dan pengajaran dalam diri ini....

"bersabar dan tabahlah wahai diri......"