.

Sunday, May 9, 2010

tanda-tanda kematian




Tanda-Tanda Kematian

100 hari

sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari

sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP


Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT
semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu sama ada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT sama ada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. WALLAHUA`LAM

Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati
hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal. Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

Thursday, May 6, 2010



Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu mencintai seseorang, meski kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas, tapi kamu tetap mencintainya…??
Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu cintai, meski kamu tahu ia takkan pernah peduli ataupun ia peduli dan mengerti, tapi ia tetap pergi…???
Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta, tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia, bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah…???

Aku pernah………
Aku pernah tersenyum meski ku terluka kerana ku yakin Allah tidak menjadikannya untukku…
Aku pernah menangis kala bahagia, kerana ku takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja…
Aku pernah bersedih kala bersamanya, kerana ku takut aku kan kehilangan dia suatu saat nanti, dan……
Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya, kerana sekali lagi, cinta tak harus memilikki, dan Allah pasti telah menyiapkan yang terbaik untukku meski ianya pahit bagiku
Aku tetap bisa mencintainya, meski ku dapat berada di hatinya untuk dicintai, kerana memang cinta ada dalam jiwa, dan bukan ada dalam raga……
Dan kini perasaan itu tetap teguh dalam hati…hanya Allah yang mengetahui semua ini…

Sunday, May 2, 2010



Nora - Secebis Harapan Lirik

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal

Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan…

Friday, April 16, 2010

bila itu di hadapanku...

salam...

Setelah beberapa hari menyepikan diri. Dugaan ALLAH buat hambaNya ini terlalu berat...Hidup umpama roda...adakalanya kita di atas, ada masanya kita di bawah...Tapi, bila akan tiba masanya untukku berada di atas??? terutama dalam pelajaranku?? Mungkin belum tiba rezekiku lagi...

Lemahnya semangatku ketika itu,tiada penawarnya...Segala kata-kata semangat yang diberikan langsung tidak memberi apa-apa effect kt diri ini... Setiap kali mengenangkan usaha,susah payah yang telah dicurahkan sebelum ini umpama sia-sia...

Tapi, Alhamdulillah...ALLAH memeliharaku dari kesesatan........Dari terus mennyalahkan takdir.. Ada satu malam termimpikan seorang insan yang amat bermakna dalam hidupku...sudah lama tidak mimpikan dia......Dia hadir dalam mimpiku walupun tanpa sepatah kata....tp,hadirnya dia dapat mengubati kerinduanku terhadapnya sekian lama......

Hari ini,penawar segala kedukaanku... Entah mengapa diriku menjadi semangat kembali setelah melihat seorang pesakit di saat menghembuskan nafas terakhir..Baru semalam saya bersama dengan rakan yang lain membantu doktor memasang CVP kat pakcik tu. Hari ni,dia sudah dipanggil mengadap ILLAHI YG ESA.... Bila itu dihadapanku,terkenang kembali satu kenangan yang masih segar dalam ingatanku.....Semangatku kembali seolah-olah ada sesuatu yang mengetuk pintu hatiku supaya terus kuatkan semangat,cekalkan hati menerima dugaan dari ILLAHI..... yang paling penting, kekuatan dalam beriman kepada ALLAH amatlah penting lebih-lebih lagi untuk kita menghadapi Sakaratul Maut......Jikalau kita tidak kuat sewaktu itu, amatlah rugi diri kita kerana neraka itulah kediaman kita......

Ya Allah, ampunkan hambaMu ini kerana sering mempertikaikan apa yang telah Engkau berikan kepadaku....Padahal,dugaanMu yang Engkau berikan kepadaku hanya sedikit jikalau nak dibandingkan dengan segala kenikmatan yang Engkau berikan kepadaku....

Semoga segala keperitan, kesusahan, kepayahan dan kedukaan yang ku peroleh akn mendekatkan diriku dengan Mu, Ya Allah.......Peliharalah hambaMu ini dari segala hasutan syaitan yang terkutuk...

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham Nordin b. Saat yang telah meninggal pada pagi tadi.........AL-FATIHAH.........

Sesungguhnya ajal,maut di tangan Allah. Bila-bila masa nyawa kita akan diambil untuk kembali kepada kehidupan yang kekal abadi..........

Terima kasih buat teman yang banyak memberi kata-kata semangat...terutamanya kepada "cool pirate" yang sentiasa bersamaku tidak kira apa jua keadaan...satu sms yang amat memberi kesan kepadaku.....

Ada masanya anak Adam itu akan merasakan bebannya memberat,
Masa seolah menghimpit,
fikirannya tak tahu apa yg perlu dilakukan,
seolah dirinya tersesat....
Tapi,ingatlah pada pemilik segala ZAT,
selagi kita berusaha kuat,
kejayaan pasti ada di garisan penamat...
Mungkin tidak di dunia,
tp....Insya Allah di akhirat sana.........