.

Monday, August 9, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


salam...


Pejam celik, pejam celik Ramadhan kian menghampiri..bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam....bulan yang penuh dengan keberkatan...bulan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya untuk umat manusia serta pintu neraka ditutup rapat. Bukti kasih sayang Allah SWT kepada hambaNya dengan memberi peluang untuk beramal ibadat sebagai bekalan menuju ke akhirat. Dengan segala persedian dari segi amalan-amalan sunat dari bulan rejab, sya'aban...Insya Allah, bulan ramadhan dapat kita tempuhi dengan penuh pengertian. Sering kali kita melihat,mendengar tentang adanya kemaksiatan yang tetap berlaku walaupun di bulan ramadhan di mana setahu kita semua syaitan dan iblis yang terkutuk telah digari, diikat supaya tidak menganggu umat manusia.. Adakah kita terfikir kenapa semua ini berlaku??

Setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan semestinya memerlukan persedian.. nak mengahadapi exam,perlukan persedian iaitu, revision..kalau nak bagi ucapan di majlis..perlukan persediaan iaitu, teks ucapan..kalau nak pergi melancong perlunya persediaan dengan menyediakan duit yang mencukupi untuk shopping (shopping ajer aku nieh..huhuhu).... Begitu jugalah untuk menyambut ramadhan..perlunya ada persediaan..bukan persediaan dari segi pasang lampu kelip-kelip ke..pelita ke,langsir baru ke,barang-barang makanan..tapi yang paling utama ialah amal ibadat..sudahkah kita menetapkan keazaman untuk ramadhan kali ini?? Segala amalan-amalan sunat di bulan rejab dan sya'aban juga merupakan satu persediaan bagi menyambut bulan ramadhan..di mana dari situlah kekuatan iman kita terbina...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Syukur kepada Allah SWT atas peluang kita semua untuk terus hidup di muka bumiNYA ini dan bertuahnya kita kerana masih dapat menyambut ramadhan al mubarak...buat kalian semua, saya mohon maaf atas segala salah dan silap saya sepanjang saya hidup ini...semoga saya dapat menghadapi ramadhan dengan penuh ketenangan dan penuh kesyukuran.begitu juga buat kalian...

Buat bonda yang dikasihi, selamat menyambut ramadhan al mubarak... Doakan kejayaan anakmu di sini dan dipermudahkan segala urusan.Sesungguhnya, berdoa di bulan ramadhan adalah mustajab lebih-lebih lagi doa darimu,mak.... walaupun tidak dapat berpuasa bersama-sama di awal ramadhan, insya Allah kita dapat berpuasa bersama-sama bila anakmu ini dapat cuti nanti... Nantikan kepulangan anakmu....

sekian......



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


senangkanlah hatimu....



Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkahlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas kasihan-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawa satu perasaan di dalam lindungan Tuan.

Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh. Jika engkau mencinta tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu!

Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih, laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan.

Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.

p/s: Nukilan dari Senangkanlah Hatimu, Tasawuf Moden oleh Hamka


~http://airmien.wordpress.com/2010/08/04/senangkanlah-hatimu/~

renungan

"DALAM KALANGAN BINATANG TIADA MANUSIA TAPI DALAM KALANGAN MANUSIA ADAYA BINATANG"



Sunday, August 1, 2010

masa yang berlalu...

"masa yang berlalu begitu pantas. bukan senang untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. hidup...bukan mudah untuk hidup. penuh dengan tanggungjawab...terutamanya melaksakan segala janji2 yang telah diungkapkan sebelum lahirnya ke dunia.... sukar untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi Allah ini yang penuh bertanggungjawab, kerana fitrah manusia yang penuh dengan kelemahan,kekurangan. tapi,kuasa Yang Maha Esa...yang menyanyangi hambaNya...segala kesulitan,kepayahan,keperitan....dapat dikurangkan atas belas kasihan Allah SWT.

sukar untuk aku menempuhi hari-hari yang mendatang...sesak jiwa aku dengan kenangan-kenangan dulu yang masih segar di minda. hati yang tidak pernah berubah walaupun tiada apa yang aku dapat dari semua itu..rindu,rindu yang tiada apa dapat diuraikan.... hanya satu yang dapat dilakukan, berdoa dan tawakal kepadaNYA...."

Tuesday, July 13, 2010

terima kasih kekasih...




Biar menjauh dari menghampiri,
agar tak berulang kelukaan hati.
Biarlah putus tak bersambung lagi,
andai diingati sedih pun kembali.
Tak perlu berkirim salam,Tak perlu Bertanyar Khabar,
Tak Perlu Mengambil hati memujuk hati ini.
Dan.......
bila ku berhadapan teringat kenangan silam,
yang menghiris perasaan lama terpendam.
Rasanya sudah terlewat untuk ku terima tiap kekesalan.
Walau berbagai caramu tapi ternyatalah sia-sia saja.
Biarlah aku dengan caraku.
Selama ini tidak kau peduli.
Sedari dulu tidak sedikit pun.
Aku terima kasih dan sayangmu...

Saturday, July 10, 2010

my story.......

salam...

Alhamdulillah, sudah seminggu sesi kuliah berjalan..... huhu..subjek obstetric dan gynaecology yang paling menarik untuk semester nie. Subjek ni memang menyedarkan diri ini bahawa pengorbanan seorang ibu ketika melahirkan anaknya tiada tandingan, bertarung nyawa antara hidup atau mati. Itu baru tengok di video..belum lagi tengok yang real.. Akan tiba masanya nanti saya akan masuk ke labour room… Puan nasihatkan kami untuk bersedia dari segi fizikal dan mental… Akan melihat satu pengalaman yang mungkin akan menjadi reality dalam hidup saya sendiri bila akan bergelar seorang ibu… Trauma juga bila fikirkan..Tapi, anak adalah anugerah Allah yang mana akan menjadi khalifah di bumiNya ini, yang akan menegakkan agama Allah….Terlintas di hati ini,memikirkan mak saya di rumah. Mak, macam mana la mak melahirkan dan membesarkan anak-anak mak seramai 6 orang ini?? Menanggung kesakitan,kepayahan,keperitan dengan penuh kesabaran dan kasih-sayang?? Ternyata ucapan terima kasih tidak dapat menandingi segala apa yang mak lalui selama ini… Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu,mak….







Aneeta…my junior! Very sweet person..cantik!! sempat jugak la jadi kaunselor untuk dia..huhuhu.. she can’t accept any lecture from her tutors. She always cry..cry and cry… Petang itu,banyaklah beborak dengan dia, berbincang serba sedikit tentang masalah dia.. Bila saya balik ke bilik saya,tengah duduk temernung..teringat kembali saya seketika dulu. Sewaktu saya mula-mula berada di MNC…Ya Allah, hanya DIA yang tahu apa yang saya rasa time tu… langsung tak dapat menerima apa yang saya belajar. Bluurrr gilerrr..lebih sakit hati bila tengok kawan-kawan yang lain boleh je catch up…! Saya langsung tak boleh concentrate…menangis?? Usah katalah…huhuhu..mak ada call,tipu mak kata ok je duduk kat sini..belajar pun ok…(ampun mak..jst tak nak wat mak susah hati) hehe … Tapi,setiap yang berlaku ada hikmahnya kan.. Alhamdulillah… Akhirnya saya dapat juga catch up yang mana saya tertinggal.. Teringat kata-kata kawan baik saya ,jangan paksa diri..nanti tension. Kalau dah tension satu apa pun takkan dapat. Tenangkan hati, buat apa yang mampu,slow2… Alhamdulillah,dengan bantuanMu hamba terus di sini… so, Aneeta..hope you can survive kat sini ok??!! All the best!! You can do it…



dont give up Pictures, Images and Photos


To kak ira, kita still single kan?? Huhuhu..tak pe,single2 dulu..nanti jumpa la kan?? Hehehe… Alahai..ramai dah yang kapel2 nie… Saya lebih bahagia sebegini.. cukuplah setakat kawan… “Kawan biar beribu, kasih biarlah satu” Nak cari kasih yang betul-betul terbaik, yang betul2 layak untuk dikasihi bukan senang…. Lagipun,pintu hati ini masih belum terbuka untuk menerima sesiapa setelah tertutup selepas kejadian itu. Cukuplah sekali saya mempersiakan kasih saya,perasaan saya kepada insan yang tidak mungkin akan menerima saya…. Tapi, takdir Allah…saya menerima seadaya..sekurang-kurangnya saya dapat merasakan saat2 bahagia bersama dia walaupun sekadar teman biasa..

smile Pictures, Images and Photos

Sebenarnya jodoh ni memang dah di tetapkan oleh Allah,
JODOH AKAN DATANG PADA ANDA, SEPERTIMANA MAUT AKAN DATANG PADA ANDA, ANDA TAK DAPAT MENGELAK DARI JODOH SEPERTI MANA ANDA TAK DAPAT MENGELAK DARI MAUT!!!