.

Thursday, October 7, 2010

sakit hati, tulang rusukmu??

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....

Nota Kasih Sayang :
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.



Monday, October 4, 2010

senyumlah

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.

Dengan senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.
 
Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda.
 
Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.

Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang.

Jangan tertawa melaihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.

Bicaranya ...ialah senyum.
 
Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirsakan hari panas.

Jangan engkau tertawa di tempat yang tidak menghairankan,jangan berjalan tanpa mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu,jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal,dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.

Berapakah harga ketawa yang diakhiri denagn ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.


 

Sunday, October 3, 2010

sayang kamooo semua....

salam....


Kat MNC, friendship day baru nak sambut...hehehe...lambatkan?? sepatutnya friendship day disambut pada hari Ahad pertama di bulan Ogos.anyway, everyday is friendship day..sebab setiap hari kita kena menghargai sahabat kita sebab tanpa sahabat hidup ini tidak membawa apa-apa pun bererti..tiada gelak ketawa...
Buat sahabat-sahabat yang sentiasa di sisiku sejak sem satu sampai la sekarang, tidak kira apa pun yang terjadi,kita tidak pernah berpecah. Alhamdulillah...semoga ukhuwah kita sentiasa mendapat keberkatan Allah SWT...Insya Allah....



 
~KAK MIERA, KAK IRA, INTAN NADIRA, KAK AFIQAH, KAK LEHA~

Thanks korang coz banyak tolong atul, wat atul gelak, melantak sama2....masa atul sakit, korang jage atul...kita pergi shopping sama2..abiskan duit sama2...hehehe...kadang-kadang ada juga kita berselisihan faham...tapi,tu la adat dalam berkawan. selagi sikap toleransi antara kita tetap wujud, kasih sayang dalam hati tetap untuh, insya Allah persabahatan ini akan terus berkekalan buat selamanya.



Tidak lupa juga buat kawan-kawan,rakan-rakan, sahabat-sahabat,saing-saing,geng-geng,kenalan-kenalan sejak dari sekolah rendah sampai la habis sekolah...huhuhu...walaupun berjauhan kini, tetapi kenangan antara kita mengikat hubungan kita.. "SEKALI BERKAWAN, SAMPAI BILA PUN TETAP AKAN BERKAWAN". Semoga kita akan berkawan sampai bila-bila...Insya Allah...bila dah lama tidak berjumpa macam2 cerita dengar... ada yang dah berjaya, ada yang dapat pergi overseas, ada jugak yang dah kahwin...huhuhu...Semoga berbahagia dan jodoh berpanjangan sampai akhir hayat...



“Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.” (pesanan Luqman al-hakim kepada anaknya)


Bukan senang nak memilih sahabat yang betul-betul akan menjadi sahabat. Tidak semua orang boleh terima baik dan buruk kita. Zaman sekarang ni ramai je sahabat yang menjadi duri dalam daging...hmmm,sakit tak?? sakitkan??? Ada jugak sahabat yang sanggup tikam sahabatnya dari belakang.... Ada jugak yang jadi dragon ball, hehe...batu apilah!!! dah buat orang lain berantakan...aish!!! apa nak jadi nieh!!!
 
 

Kesukaran dalam memilih sahabat pernah disuarakan oleh Saidina Ali karamallahuwajhah melalui kata-kata hikmahnya yang berbunyi; “Seseorang yang mempunyai seribu orang kawan sukar mendapat seorang pun sahabat yang setia bila dia benar-benar memerlukan, tetapi jika dia mempunyai seorang musuh, dia akan mendapati musuh itu ada di mana-mana”.

Imam Al-Ghazali menerusi kitabnya yang bertajuk Ihya` Ulumuddin (Bimbingan Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih sahabat. Katanya, “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.

2. Jika negkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.

4. JIka engkau menghlurkan sesuatu kebaikan padanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika dia mendaat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 

Jadi, akhir kata SELAMAT HARI PERSAHABATAN buat semua....terutamanya warga MNC!!! ukhuwah fillah..!!!!
sayang kamooo semua...!!!!







Sunday, September 26, 2010

kembali sembuh...

salam...

Alhamdulillah, setelah 2 hari kena tahan di wad, kelmarin doktor benarkan aku keluar setelah didiagnosakan menghadapi demam  denggi. Selama ini menjaga orang lain sebagai pesakit, kali ini merasalah pula menjadi pesakit. Cukup package!! huhuhu.. Apa-apa pun, syukur...Alhamdulillah kepada ALLAH kerana memberi kesembuhan kepada hambaNya ini. Segala pujian dipanjatkan kerana dengan ujianNya daripadaNya, aku makin mengerti bagaimana menjadi seorang pesakit.. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua sahabat-sahabat yang banyak membantu....Tidak terhingga buat mak tersayang...Maaf,kerana membuat mak risau yang teramat sangat.. terima kasih kerana sanggup ke Muar, untuk menjenguk anakanda di sini. Alhamdulillah,terlepas sudah penyeksaan untuk berulang-alik ke klinik untuk ambil darah...Just, lepas ni ada sehari je kena pergi ambil darah..hehehe...Dan esok,aku akan kembali bekerja seperti biasa....


Saturday, September 11, 2010

salam lebaran


salam...




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin buat semua sahabat dan umat Islam....Berlalu sudah Ramadhan,bulan yang penuh keberkatan. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu kembali Ramadha pada tahun hadapan...Insya Allah... Dan,semoga segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini diterima ALLAH SWT. Namun begitu, janganlah berlalunya ramadhan bermakna makin berkurang amal ibadat yang kita laksanakan... Biarlah berkat Ramadhan kali ini menjadikan kita menjadi seorang manusia yang makin kuat iman, makin teguh pendirian dalam menegakkan agama Islam yang tercinta.

Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan bagi kita semua. Sambutlah dengan penuh kesyukuran atas kenikmatan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.. Inilah salah satu bukti kasih-sayang ALLAH SWT kepada hambaNya. Tapi,sejauh manakah kita menyanyangi ALLAH SWT??? Adakah sekadar ucapan di bibir semata-mata tetapi tiada apa tindakan ataupun perlakuan yang menunjukkan bahawa kita amat menyanyangi ALLAH SWT??? Fikirkan sejenak, dan bermuhasabahlah....


http://feryco.com/hari-membakar-quran


                 






Dalam kegembiraan umat Islam menyambut hari kemenangan, dalam tidak sedar agama kita semakin dikencam oleh bangsa-bangsa laknatullah.... Berikutan  sempena hari peringatan peristiwa 11 September di New York, Amerika Syarikat ,Paderi Terry Jones iaitu penulis buku ‘Islam is of the evil‘ telah berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010. Sedangkan tiada bukti menunjukkan bahawa kejadian tersebut adalah perbuatan orang Islam..

Wahai sekalian umat Islam,janganlah kita berputus dari mendoakan kesejahteraan agama kita..Semoga kita semua diteguhkan hati dan dikuatkan semangat untuk terus menegakkan dan mempertahankan agama Allah yang suci ini....

Lebaran pada tahun ini menggamit perasaan dengan perasaan rindu yang tidak terhingga kepada arwah abah... melihatkan keluarga yang semakin besar dengan kehadiran anak-anak kecil memeriahkan rumah mak tok kali tahun ini. Apa-apa pun,raya tahun ini rasa amat bermakna... Alhamdulillah....
Buat semua sahabat,rakan dan taulan..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin diucapkan...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Monday, September 6, 2010

ikhlas


"semoga segala apa jua pekerjaan dan pengorbanan yang telah aku lakukan adalah seikhlas dari hati yang tulus yang tidak mengharapkan balasan...semoga Allah sentiasa memberikan rahmatNya kepadaku dan terus memberikan aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehidupan yang akan datang......Amin..."