.

Tuesday, March 27, 2012

sekian lame...

salam...


kembali setelah sekian lama menyepi...  Alhamdulillah, masih lagi bernafas sehingga hari ini.


masa yang masih berbaki ini untuk menyemai kasih ukhuwah fillah yang sudah tersulam dilanda badai...tiada ungkapan yang terlafaz untuk meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini....setiap hari, mesti tidak lekang mencari kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan di sini bersama teman-teman....apa yang dapat ketika waktu ini... "sesungguhnya Allah mendatangkan seseorang dalam kehidupan kita adalah ujian kepada hambaNya mahupun kehadiran seseorang itu mendatangkan kebaikkan mahupun keburukkan.." walau apa pun, aku dapat merasai manisnya ukhuwah fillah..Alhamdulillah..hargailah orang disekeliling kita tidak kira sejahat mana pun kejahatan yang telah dia lakukan....belajarlah erti penerimaan, erti kesabaran, erti merendah diri...dan yang paling penting erti kemaafan... saat ini pun aku sedang memujuk hati untuk memberi maaf walaupun tidak pernah dituju kepadaku...lembutlah wahai hati, berilah maaf, sedialah memaafi....walaupun aku bukan Nabi yang mudah memaafkan umatnya, tetapi bukankah aku juga salah seorang umat Baginda??bukankah mengikut sunnah Nabi itu tanda kita cintakan Baginda? lembutlah wahai hati.....ya Allah..............

Tuesday, September 20, 2011

akhirnye, saye terime hakikat sebenar..

~Redha dan berlapang dada tidak memperolehi apa yang kita usahakan itulah satu kehebatan yang tiada taranya.~

Ketentuan Allah, tiada siapa yang tahu...yang pasti ape yg Allah berikan kepada hambaNya adalah yang terbaik walaupun perit dan pahit sekalipun kerana kemanisannya akan terasa bile kite menghadapi perkare itu dengan sabar dan ikhlas...redha..itu yg penting...

Thursday, August 4, 2011

salam ramadhan

Alhamdulillah....

Syukur ayat kuniaan nikmatNya, masih diberi kesempatan untuk terus hidup dan dapat bersama-sama meraikan bulan ramadhan yg penuh barakah...Terusik hati dgn satu artikel dari blog Langit Illahi... Ya Allah, sesungguhnya amat bertuah rase dihati kerana masih diberi peluang itu...maka ya Allah...hamba mohon tetapkalah hati hamba ini untuk mengabdikan diri kepadaMu dan menggunakan peluang yg telah Engkau berikan kepada hambaMu ini dgn sebaiknya kerana hamba tidak yakin bahawa hamba masih berpeluang menemui ramadhan yg akan datang...

Tiada apa yg aku harapkan melainkan yg terbaik dari Allah...mengharapkan sesuatu dari Allah, maka hendaklah kita berusaha, berdoa dan tawakal kepadaNya... berserahlah pada Yang Berkuasa....

Monday, July 18, 2011

berganda-ganda dugaan...

salam....


sekadar luahan hati...


"aku sering berdoa kepada Allah supaya aku ditabahkan hati,sabar,kuat semangat dengan ape yang aku alami dan akan lalui..., tapi bila makin aku berdoa, makin banyak dugaan yg datang..satu persatu yg datang...hati membisik, Allah x terima ke doa aku nie???hmmm :( ..... Alhamdulillah...ku temui jawapannye.. dugaan dan cabaran yg melimpah ruah itu adalah untuk jdkn diriku makin tabah dan sabar seperti mana yang aku doakan kerana banyaknye dugaan Alla itulah yg akn membuatkan hambaNya makin tabah...malah,jika diterima dengan tabah dan sabar, ganjaran yg besar akan diperolehinya..dan, tabah dan sabar itulah kemanisan iman...apakah aku tidak mahu menjadi org yg beriman??"

syukur, Alhamdulillah...ya Rabbi...terima kasih atas segalanya..yg manis mahupun pahit..yg susah ataupun senang, yg gembira dan juga yg sedih........walaupun berat untuk aku tempuhi segalanya sejak kehilangan sahabat2 baik yg sentiasa bersamaku sehingga aku yg aku rasakan,ku pendam sahaja sendiri...menguatkan hati untuk terus senyum...namun aku yakin, Engkau sentiasa dekat bersamaku...buat anda yg terluke kerana saye,kerane sikap saye yg sentiase berubah...saye mohon ampun dan maaf....tiade niat untuk melukakan hati anda yg telah byk berkorban kerana saye....semoga Allah memberi rahmat dan berkat buatmu...

Thursday, May 26, 2011

Lagu Helena - Tanpamu (feat. Sabhi Saddi) (OST Nur Kasih The Movie)




Tanpamu hidup jadi sunyi

Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang



Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti



Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu



Tanpamu nafasku terhenti
Karenamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu di sampingku
Untuk selamanya, untuk selamanya



Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti



Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu



Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu



Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
Cintaku padamu, cintaku padamu