.

Tuesday, March 27, 2012

sekian lame...

salam...


kembali setelah sekian lama menyepi...  Alhamdulillah, masih lagi bernafas sehingga hari ini.


masa yang masih berbaki ini untuk menyemai kasih ukhuwah fillah yang sudah tersulam dilanda badai...tiada ungkapan yang terlafaz untuk meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini....setiap hari, mesti tidak lekang mencari kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan di sini bersama teman-teman....apa yang dapat ketika waktu ini... "sesungguhnya Allah mendatangkan seseorang dalam kehidupan kita adalah ujian kepada hambaNya mahupun kehadiran seseorang itu mendatangkan kebaikkan mahupun keburukkan.." walau apa pun, aku dapat merasai manisnya ukhuwah fillah..Alhamdulillah..hargailah orang disekeliling kita tidak kira sejahat mana pun kejahatan yang telah dia lakukan....belajarlah erti penerimaan, erti kesabaran, erti merendah diri...dan yang paling penting erti kemaafan... saat ini pun aku sedang memujuk hati untuk memberi maaf walaupun tidak pernah dituju kepadaku...lembutlah wahai hati, berilah maaf, sedialah memaafi....walaupun aku bukan Nabi yang mudah memaafkan umatnya, tetapi bukankah aku juga salah seorang umat Baginda??bukankah mengikut sunnah Nabi itu tanda kita cintakan Baginda? lembutlah wahai hati.....ya Allah..............

Tuesday, September 20, 2011

akhirnye, saye terime hakikat sebenar..

~Redha dan berlapang dada tidak memperolehi apa yang kita usahakan itulah satu kehebatan yang tiada taranya.~

Ketentuan Allah, tiada siapa yang tahu...yang pasti ape yg Allah berikan kepada hambaNya adalah yang terbaik walaupun perit dan pahit sekalipun kerana kemanisannya akan terasa bile kite menghadapi perkare itu dengan sabar dan ikhlas...redha..itu yg penting...

Thursday, August 4, 2011

salam ramadhan

Alhamdulillah....

Syukur ayat kuniaan nikmatNya, masih diberi kesempatan untuk terus hidup dan dapat bersama-sama meraikan bulan ramadhan yg penuh barakah...Terusik hati dgn satu artikel dari blog Langit Illahi... Ya Allah, sesungguhnya amat bertuah rase dihati kerana masih diberi peluang itu...maka ya Allah...hamba mohon tetapkalah hati hamba ini untuk mengabdikan diri kepadaMu dan menggunakan peluang yg telah Engkau berikan kepada hambaMu ini dgn sebaiknya kerana hamba tidak yakin bahawa hamba masih berpeluang menemui ramadhan yg akan datang...

Tiada apa yg aku harapkan melainkan yg terbaik dari Allah...mengharapkan sesuatu dari Allah, maka hendaklah kita berusaha, berdoa dan tawakal kepadaNya... berserahlah pada Yang Berkuasa....