.

Friday, December 24, 2010

cerita ini cerita itu


Salam..
Wah2, sudah lama koi (saya dalam loghat org Pahang)  tak update ini blog…hehehe. Tengah berseronok cuti sem… Alhamdulillah, after this holiday dah nak masuk sem 4. So, dah separuh jalan koi berada dalam bidang nursing ini. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah atas kekuatan dan semangat yang Engkau berikan kepada hambaMu ini walaupun kadang-kala berbekalkan airmata. Syukur yang tidak terkira atas keputusan exam final yang telah lama koi harapkan akhirnya menjadi kenyataan.. apa-apa pun, koi kena work harder to makesure koi dapat apa yang koi impikan di penghujung garisan penamat koi dalam bidang misi nie…




Alhamdulillah, atas kurniaan rezeki yang Allah berikan kepada koi… Akhirnya koi dapat juga beli laptop dan broadband dari duit koi sendiri. Semoga lebih mendapat keberkatan dari usaha koi sendiri. Amin… Walaupun terpaksa korek duit dari simpanan tabung haji…hmmmm,rasa sayang yang tak terkira sebab duit tu disimpan untuk ke Tanah Haram 1 hari nanti tapi, koi akan berusaha untuk kembali menyimpan duit supaya koi dapat jugak menjejakkan kaki di Tanah Haram.. Insya Allah…




Cuti kali ini banyak menghabiskan masa di rumah…kemas rumah, memasak…main dengan askar-askar kecik (anak-anak sedare) hehehehe… tengok tv…yang kelakarnya,dah lama koi tak tengok tv. Mulalah bila tengok drama ke,ape ke duk tanye macam-macam…last2, rupanya first dan last jugaklah koi tengok cite tuh..cite ape erk?? Ooohh, cite Ahmad Durrah x silap koi..hehhehee…nak tengok berita…xde mood..asyik-asyik pasal politik yang tak habis-habis menunjukkan perpecahan antara sesama manusia…boring2! Langsung tak memberi apa-apa faedah kepada generasi muda..


Coretan kali ni jugak nak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kawan koi yang kecik molek, sarah raisuddin…eh! Silap2… SARAH ARUPIN yang akhirnya dapat jugak fly..hehehe..tumpang gembira buat sarah!! Aisyh..!! jeles2…sorang lagi kawan koi fly without wings ke Negara orang. Bilalah koi nak merasa ke sana..hmm…… Anyway, sarah! Take care yourself yerp!! Belajar elok2, rajin2… kot2 dapat jodoh kat sana, mana tau erk?? Hehehhee… duduk kat sana nanti jangan lupa mak ayah, kawan-kawan terutamanya aja yang chubby nie..huhuhu saranghae!!!




So, naik cuti nie, Insya Allah koi akan ambil test JPJ untuk lessen kereta. Lulus tak lulus tue x taw la nak kata macam mana.. tawakal je lah…  Yang pasti, buat yang terbaik.. chaiyok2 buat kak ira akan sama-sama akan ambik test kereta nanti..hehehe




Ok lah, koi tak taw nk cite ape sebenarnya..saje2 nk update blog nie. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru.. So, time untuk buat senarai azam untuk tahun depan. Semoga tahun yang akan datang ini memberi semangat dan kekuatan dalam memajukan diri sendiri, keluarga, agama, bangsa, negara, bla..bla..bla… dan sempena usia ladang rumput yang telah diusahakan oleh tukang kebun telah menjangkau sebulan lebih, koi doakan semoga ladang rumput ini akan terus menyerikan hari-hari yang akan mendatang!! Heheheehee 

:)









Monday, December 6, 2010

selamat tahun baru

salam...

sekejap sahaja masa berlalu..1432 hijrah mendatang dan berlalulah 1431 hijrah,...semoga kita semua dikuatkan iman dan diteguhkan tiang agama kita....Kuatkan semangat untuk mencapai azam kita pada tahun baru ni...Insya Allah....



Thursday, December 2, 2010

mampukah aku??

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...



Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta di dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
 

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...


Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
 
 
(PUISI DR BLOG Dr. CINTA)