.

Wednesday, March 24, 2010

cerita tasbih


salam...

Suatu hari….jeng,jeng,jeng!! Hehe.Terbukalah laci yang penuh khazanah dalamnya.... Then,terjumpalah saya seuntai tasbih pemberian ibu saudara saya. Terdetik hati saya untuk menggunakan tasbih tersebut semasa bertasbih selepas solat. Saya gunakan tasbih tersebut untuk mengelakkan saya tertanya.."dah berapa kali aku berzikir nie erk...??" dan hilanglah kekhusyukkan saya semasa bertasbih. Saban hari,hati saya kuat bertanyakan apa hukumnya penggunaan tasbih ni? Dari mana asal usul penggunaan tasbih nie yup? Amalan sunnah ke??

Sambil-sambil fikirkan hal ni,dengar la pulak satu lagu nie.. "ketika cinta bertasbih...." (favourite song..)
Jadi,datannglah idea untuk ceritakan perkara ni dalam blog saya yang bernama KAYANGAN...(promote nama blog jap).......Disebabkan tiada tempat untuk dijadikan rujukan saya hanya membuka laman sesawang untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan tasbih ni.Adalah jumpa sedikit info pasal penggunaan tasbih...






‘Tasbih’ atau yang dalam bahasa Arab disebut dengan nama ‘Subhah’ adalah butiran-butiran yang dirangkai untuk menghitung jumlah banyaknya dzikir yang diucapkan oleh seseorang, dengan lidah atau dengan hati. Dalam bahasa Sanskerta kuno, tasbih disebut dengan nama Jibmala yang berarti hitungan dzikir.

Orang berbeda pendapat mengenai asal-usul penggunaan tasbih. Ada yang mengatakan bahwa tasbih berasal dari orang Arab, tetapi ada pula yang mengatakan bahwa tasbih berasal dari India yaitu dari kebiasaan orang-orang Hindu. Ada pula orang yang mengatakan bahwa pada mulanya kebiasaan memakai tasbih dilakukan oleh kaum Brahmana di India. Setelah Budhisme lahir, para biksu Budha menggunakan tasbih menurut hitungan Wisnuisme, yaitu 108 butir. Ketika Budhisme menyebar keberbagai negeri, para rahib Nasrani juga menggunakan tasbih, meniru biksu-biksu Budha. Semuanya ini terjadi pada zaman sebelum islam.

Kemudian datanglah Islam, suatu agama yang memerintahkan para pemeluk nya untuk berdzikir (ingat) juga kepada Allah swt. sebagai salah satu bentuk peribadatan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.. Perintah dzikir bersifat umum, tanpa pembatasan jumlah tertentu dan tidak terikat juga oleh keadaan-keadaan tertentu. Banyak sekali firman Allah swt. dalam Al-Qur’an agar orang banyak berdzikir dalam setiap keadaan atau situasi, umpama berdzikir sambil berdiri, duduk, berbaring dan lain sebagainya.

Sehubungan dengan itu terdapat banyak hadits yang menganjurkan jumlah dan waktu berdzikir, misalnya seusai sholat fardhu yaitu tiga puluh tiga kali dengan ucapan Subhanallah, tiga puluh tiga kali Alhamdulillah dan tiga puluh tiga kali Allahu Akbar, kemudian dilengkapi menjadi seratus dengan ucapan kalimat tauhid ‘Laa ilaaha illallahu wahdahu….’. Kecuali itu terdapat pula hadits-hadits lain yang menerangkan keutamaan berbagai ucapan dzikir bila disebut sepuluh atau seratus kali. Dengan adanya hadits-hadits yang menetapkan jumlah dzikir seperti itu maka dengan sendirinya orang yang berdzikir perlu mengetahui jumlahnya yang pasti.



SUMBER LAIN MENGATAKAN :

Tasbih bukanlah bid'ah agama, manusia tidak bermaksud mengabdikan diri kepada Allah dengannya [tasbih]. Maksud tasbih adalah bilangan pujian yg disebutkan, atau tasbih, atau tahmid, atau takbir, perkara adalah cara (wasilah) dan bukannya tujuan (maqsud). Tetapi yang paling afdal untuk seseorang itu ialah menggunakan hujung jari dari mana-mana jari... dan hukum keatas berzikir/memuji menggunakan tasbih bukanlah bid'ah agama, kalau tujuannya adalah menyempurnakan bid'ah, maka ia adalah bid'ah agama. Dan puji-pujian menggunakan tasbih sesungguhnya hanyalah cara (wasilah) pusingan pengiraan, dan lebih afdal bertasbih menggunakan jari."

Berkata Ibnu Taimiyah rh:

"Bagi tasbih (puji-pujian) yang kaedahnya menggunakan manik-manik dan sejenis dengannya. Maka di sana terdapat manusia yang membencinya dan ada yang tidak membencinya, dan jika ia memperbaikkan niat maka ia adalah kebaikan dan bukannya kebencian (makruh). Dan kepada mereka yg mengambil tanpa keperluan atau menunjuk-nunjuk di hadapan orang ramai, misalnya memakai di lehernya atau menjadikan gelang pada tangannya, maka, sungguhnya ia adalah riya' kepada manusia, atau riya' didalam fikiran dan persamaan munafik tanpa diingini. Yg pertama haram (yg bermaksud riya') dan kedua (yg bermaksud menzahirkan - menunjuk) kurang keadaan kebenciannya." – ( Majmu' fatawa 22/506).

Jelas apa yang dinyatakan oleh Syiekh diatas ini adalah :-

a. Tasbih bukan bid’ah agama. Ia cuma alat pengira . Yang paling afdal berzikir adalah menggunakan jari.

b. Tasbih jika digunakan untuk tujuan bid’ah, maka bid’ah lah ia….. misalnya mengira lafaz-lafaz zikir yang tidak syara’.

c. Hendaklah berhati-hati menggunakan tasbih kerana ditakuti timbulnya Riya’, Ujub, dsb., seperti memakai tasbih di leher, gelang atau menunjuk-nunjuk kewarakannya.

(http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/07/penggunaan-tasbih-menyerupai-agama-lain.html)


LAIN-LAIN SUMBER :

Membawa biji tasbih bukanlah satu ibadah, tetapi ia adalah sebahagian daripada adat. Tetapi membilang bacaan tasbih dan zikir dengan benda tersebut bukanlah sesuatu yang bid’ah, kerana RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam mengakui perlakuan seorang yang membilang bacaan tasbih dengan menggunakan anak batu atau biji tamar,

Biji tasbih termasuklah dalam kategori-kategori benda-benda itu, bahkan ia lebih baik daripada yang lain kerana kebersihan, penjagaan dan tidak mencemarkan suasana. Oleh itu, membawanya dan menjadikannya sebagai alat untuk mengira bacaan zikir adalah lebih baik daripada menggunakan benda-benda yang terkena najis atau kekotoran.

Untuk itu, saya ingin mengemukakan sebilangan dalil berhubung masalah ini :

1. sebuah hadith yang diriwayatkan oleh At Tirmidzi daripada Safiyyah katanya : RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam pernah masuk untuk menemuiku dan di hadapan ku ada empat ribu biji-biji tamar yang aku gunakan untuk membilang tasbih dengannya, lalu baginda bersabda : “Engkau bertasbih dengan benda ini? Mahukah aku ajarkan kamu sesuatu yang lebih banyak daripada apa yang kamu jadikan untuk membilang tasbih dengannya?” Sofiah berkata: “Ajarkanlah daku”. Maka RasuluLLah menyambung : Ucapkanlah :

SubhanaLLah ‘adada kholqiHi

Yang boleh dijadikan dalil di sini ialah RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam tidakpun menegah perempuan tersebut daripada mengunakan biji-biji tamar itu untuk mengira tasbih, tetapi baginda hanya mengajar sesuatu yang lebih afdhal daripada itu. Sesuatu yang bukan afdhal bukan semestinya dikira bid’ah.

2. Abu Sofiyah , seorang bekas hamba yang dibebaskan oleh RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam dihampar untuknya hamparan dan dibawakan kepadanya satu bekas yang berisi anak-anak batu, lalu dia bertasbih dengan menggunakan anak-anak batu itu sehingga ke tengahari, kemudian diangkat hamparan. Apabila dia mengerjakan solat (zuhur), dibakan semula lalu dia bertasbih dengannya sehinggalah ke petan.” Kisah diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitabnya Zuhud.

3. Ibnu Saad juga meriwayatkan di dalam kitabnya ‘At Thabaqat bahawa Fatimah binti Husain bin Ali bin Abi Talib radiyaLLahu ‘anhu pernah bertasbih dengan menggunakan benang yang disimpul padanya.

4. Imam Ahmad juga meriwayatkan di dalam kitabnya az Zuhud bahawa Abu Hurairah mempunyai seutas benang yang padanya terdapat dua ribu simpulan. Beliau tidak tidur sehingga beliau bertasbih (sebanyak itu).

Athar-athar (kata-kata dan perlakuan sahabat) berhubuung dengan masalah ini terlalu banyak. Tetapi ini sudah cukup untuk menyekat peluang supaya tidak menghukumkannya sebagai satu bid’ah.

Rujukan : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu’man, 2002, Kuala Lumpur (http://pondokhabib.wordpress.com/2009/01/22/hukum-menggunakan-biji-tasbih/)

Sila klik pada link ini (http://salafyitb.wordpress.com/2007/02/10/pakai-tasbeh-itu-bukan-bidah/) untuk dapatkan lagi lebih information tentang tasbih...


Kebanyakkan yang saya lihat, ramai masyarakat kita menjadikan tasbih tu hiasan pada kereta.. Tapi,adakan tuannye tu mengamalkan amalan bertasbih?? Kalau setakat jadikan tasbih itu sebagai hiasan tapi hati tetap lalai dari mengingati Allah S.W.T tak memberi apa-apa makna.. Lainlah sekiranya tasbih tersebut dapat memberi peringatan kepada pemiliknya mengingati Allah apabila terlihat tasbih tersebut.. Apa-apa pun, sesuatu perlakuan,amalan bergantung pada niatnya...



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)




Jadi ini sahajalah yang saya dapat berkongsi tentang penggunaan tasbih. Tapi,yang paling penting marilah kita sama-sama memperbanyakkan bertasbih kepada Allah kerana itu merupakan salah satu amalan berzikir kepada Allah. Semoga kita sama-sama dapat mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa. Insya Allah......