.

Sunday, October 3, 2010

sayang kamooo semua....

salam....


Kat MNC, friendship day baru nak sambut...hehehe...lambatkan?? sepatutnya friendship day disambut pada hari Ahad pertama di bulan Ogos.anyway, everyday is friendship day..sebab setiap hari kita kena menghargai sahabat kita sebab tanpa sahabat hidup ini tidak membawa apa-apa pun bererti..tiada gelak ketawa...
Buat sahabat-sahabat yang sentiasa di sisiku sejak sem satu sampai la sekarang, tidak kira apa pun yang terjadi,kita tidak pernah berpecah. Alhamdulillah...semoga ukhuwah kita sentiasa mendapat keberkatan Allah SWT...Insya Allah....



 
~KAK MIERA, KAK IRA, INTAN NADIRA, KAK AFIQAH, KAK LEHA~

Thanks korang coz banyak tolong atul, wat atul gelak, melantak sama2....masa atul sakit, korang jage atul...kita pergi shopping sama2..abiskan duit sama2...hehehe...kadang-kadang ada juga kita berselisihan faham...tapi,tu la adat dalam berkawan. selagi sikap toleransi antara kita tetap wujud, kasih sayang dalam hati tetap untuh, insya Allah persabahatan ini akan terus berkekalan buat selamanya.



Tidak lupa juga buat kawan-kawan,rakan-rakan, sahabat-sahabat,saing-saing,geng-geng,kenalan-kenalan sejak dari sekolah rendah sampai la habis sekolah...huhuhu...walaupun berjauhan kini, tetapi kenangan antara kita mengikat hubungan kita.. "SEKALI BERKAWAN, SAMPAI BILA PUN TETAP AKAN BERKAWAN". Semoga kita akan berkawan sampai bila-bila...Insya Allah...bila dah lama tidak berjumpa macam2 cerita dengar... ada yang dah berjaya, ada yang dapat pergi overseas, ada jugak yang dah kahwin...huhuhu...Semoga berbahagia dan jodoh berpanjangan sampai akhir hayat...



“Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.” (pesanan Luqman al-hakim kepada anaknya)


Bukan senang nak memilih sahabat yang betul-betul akan menjadi sahabat. Tidak semua orang boleh terima baik dan buruk kita. Zaman sekarang ni ramai je sahabat yang menjadi duri dalam daging...hmmm,sakit tak?? sakitkan??? Ada jugak sahabat yang sanggup tikam sahabatnya dari belakang.... Ada jugak yang jadi dragon ball, hehe...batu apilah!!! dah buat orang lain berantakan...aish!!! apa nak jadi nieh!!!
 
 

Kesukaran dalam memilih sahabat pernah disuarakan oleh Saidina Ali karamallahuwajhah melalui kata-kata hikmahnya yang berbunyi; “Seseorang yang mempunyai seribu orang kawan sukar mendapat seorang pun sahabat yang setia bila dia benar-benar memerlukan, tetapi jika dia mempunyai seorang musuh, dia akan mendapati musuh itu ada di mana-mana”.

Imam Al-Ghazali menerusi kitabnya yang bertajuk Ihya` Ulumuddin (Bimbingan Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih sahabat. Katanya, “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.

2. Jika negkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.

4. JIka engkau menghlurkan sesuatu kebaikan padanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika dia mendaat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 

Jadi, akhir kata SELAMAT HARI PERSAHABATAN buat semua....terutamanya warga MNC!!! ukhuwah fillah..!!!!
sayang kamooo semua...!!!!