.

Friday, September 3, 2010

apa salahmu wahai anak??

salam...

Hari nie aku bertugas di wad obstetrik... Wad hari nie pasif... tak ramai yang bersalin and yang tengah tunggu time untuk bersalin. Pengalaman yang paling seronok ialah memandikan bayi..hehehhe.... First time...leceh jugak la sebab nak kena handle bayi kecik yang baru berusia beberapa hari ni bukan senang..kena berhati-hati...kena teliti sangat-sangat. Geram sangat tengok anak-anak kecil nie..sejuk mata memandang.. Bilik jagaan bayi pagi nie gamat dengan tangisan bayi-bayi kecil yang kesejukkan..huhuhu...... sekali dah dapat bedung,senyap terus. =)

Dalam keriangan dalam menguruskan bayi-bayi yang baru melihat dunia ini, terdengar tangisan seorang bayi yang ditinggalkan keseorangan...Lapar barangkali. Ibunya tiada di katil kerana dipanggil dengan pegawai hospital. Untuk pengetahuan, anak ini adalah anak luar nikah.. Agak lama jugaklah menunggu ibunya pulang ke wad, sampaikan tertidur anak kecil tu. 

Sayu hati ni bile dapat tahu bahawa anak kecil itu  akan diserahkan kepada orang lain disebabkan ibu dan ayahnya tidak menginginkan anak kecil itu... Hampir sahaja anak kecil itu akan diserahkan ke rumah kebajikan. Tapi, Alhamdulillah........ ada seorang staff di hospital yang sanggup mengambil anak itu dan menjaganya. Sementara menunggu proses penyerahan yang bersaksikan pegawai kebajikan, sempatlah jugak aku mendukung anak kecil tu.. " Apakah dosamu wahai anak sehingga ibu dan bapamu tidak menginginkan anugerah yang tidak ternilai ini?? Semoga engkau menjadi seorang yang tabah...." ..

Terdengar bualan antara ibu angkat anak itu dengan ayah kandungnya yang cuba mendapatkan no telefon supaya dapat menghubungi sekiranya apa-apa yang berlaku... tapi,jawab si ayah ini...." tak apalah, nanti saya pandai-pandailah cari dia.".. Masya Allah,manusia jenis apakah ini??

Melihatkan muka ibu yang bersahaja sedangkan anak yang dia kandung selama 9 bulan, anak yang dia lahir dengan penuh keperitan dan kesakitan akan diserahkan kepada orang lain membuatkan lagi kesedihan ini bertapak di hati aku dengan rakan-rakan yang lain... Egonya si ibu itu...bukan dia tidak sedih. Tipulah kalau aku katakan yang dia tidak sedih. Tapi,ego yang tinggi mengatasi segalanya sehingga sanggup membiarkan anak dia berlalu pergi bersama dengan orang lain. 

Kadang-kadang kemarahan tercetus dalam hati. Tidak berdosa langsung anak kecil itu...Tapi,mengapakah mesti anak kecil itu diperlakukan sebegitu rupa?? Mengapa dihukum anak kecil itu sedangkan salahnya adalah ibu bapanya sendiri?? Tidakah mereka sedar bahawa anak kecil itulah penyeri hidup mereka?? Yang akan memberi sinar dalam kehidupan mereka??? Ya Allah,bukakanlah pintu hati mereka........

Apa nak jadi dengan dunia sekarang?? Pegawai kebajikan turun naik hospital disebabkan kes kelahiran anak luar nikah yang tidak diterima ibu bapanya....... Kadang-kadang fikir, ada baiknya daripada bersalin ntah mana, dibuang bayinya tu sesuka hati,baik bersalin di hospital dan serahkan anak tu ke rumah kebajikan.. Tapi, sampai bilakah semua ini akan melarat sebegini rupa?? Apakah nilai kehidupan akan datang kalau gejala ini berterusan??? Apakah satu hari nanti generasi kita adalah daripada golongan anak-anak luar nikah??

Aku pulang kerja hari ni dengan penuh rasa kesedihan, rasa kekesalan yang sangat menebal dalam diri... Aku capai hp aku dan terus call mak. Aku share segala apae yang aku rasa dekat mak aku...... Terima kasih mak, coz menjadi teman zatul saat-saat zatul inginkan teman untuk berkongsi isi hati.... 

Buat rakan-rakan di luar sana. Jagalah maruah diri,maruah ibu bapa, maruah keluarga, maruah agama kita...... Janganlah kita terus menjadi bangsa Melayu, umat Nabi Muhammad, hamba Allah SWT yang di pandang hina oleh bangsa-bangsa lain.

Wahai muslimah, janganlah kamu mudah lemah dalam ajakan lelaki, janganlah jadi penghasut lelaki.......Semoga apa yang telah aku dapat sepanjang aku bekerja di labour room dan wad obstetrik memberi pengajaran dan teladan untuk aku.......