.

Tuesday, April 26, 2011

Melupakanmu....

salam...
bukan untuk kita memlupakan seseorang yang pernah bermakna dalam hidup kita... Yang pernah memberi kita rasa bahagia walaupun seketika cuma.. Tapi, apa-apa pun...nikmat Allah hak milik Allah... Dia Maha Berkuasa atas sesuatu... Dan setiap ape yg berlaku ada hikmahnya.. Kita hilang sesuatu tidak bermakna kita segalanya...ingatlah, selagi kita bersabar atas segala ujianNya, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita...

Doa apakah yang perlu dibaca untuk kita melupakan seseorang? 



 Hidup yang berkat adalah dengan menyerahkan segala urusan kita hanya kepada Allah semata. Untuk menjadi insan yang beriman dan wanita solehah itu ialah dengan menjalankan segala yang diperintahkan Allah dan meninggalkan segala yang dilarangNya. Jika ketentuan dan aturan Islam itu dapat kita amalkan maka Insya Allah, kita akan dijaga oleh Allah daripada segala sesuatu yang membahayakan diri kita.
Lakukanlah amalan-amalan wajib dan tambahkanlah dengan amalan-amalan sunat. Kemudian setelah solat berdoalah dengan mengharapkan rahmat-Nya agar segala gangguan yang menghantui pemikiran kita dapat disingkirkan, cukup berdoa dengan bahasa kita sendiri yang kita fahami keinginan dan maksudnya. Begitu lengkapnya ajaran Islam sehingga ketika ingin tidurpun ada doa yang mesti kita amalkan sehingga diri kita tidak diganggu oleh pengaruh buruk dari luar. Disamping membaca doa tidur, kita juga dianjurkan membaca surah al Fatihah, ayat Kursi, surah al Ikhlas, surah al Falaq dan surah An Nas. Dengan mengamalkan surah-surah tersebut, insya Allah dapat berperanan sebagai pendinding orang mukmin dari gangguan manusia mahupun makhluk halus.
Begitu jugalah dengan masalah yang anda hadapi, boleh mengamalkan surah-surah tersebut sebagai pendinding, namun jika ingatnya anda kepada seseorang itu kerana cinta anda yang mendalam atau rasa kasih sayang, sedangkan anda berharap kepada Allah agar dijodohkan dengannya, maka berdoalah kepada Allah agar minda anda menjadi tenang dan tidak terlalu menuruti perasaan. Wallahu A'lam.



Sunday, April 24, 2011

antara SUNAT dengan HARAM...

salam semua....



Terlebih dahulu cik kayangan mintak maaf sebab dh lame tak update blog nie… Actually banyak je yg nk dikongsikan bersama.Tetapi kekanggan mase menyebabkan cik kayangan x dapat nk update blog nieh. Sebelum cik kayangan teruskan coretan kali ini, dikesempatan ini cik kayangan ingin ucapkan selamat hari lahir buat ibunda tersayang, HAJJAH ASMAH BT OMAR .. Semoga ibunda diberkati Allah dan mendapat rezeki yang melimpah ruah drNya… Semoga mak sihat2 selalu….





Pada asalnya cik kayangan nak ceritakan pasal aktiviti yang cik kayangan dengan ahli kumpulan yang lain ni PDK Bukit Gambir, Ledang…siap buat videonyer lagi..tetapi ade sedikit masalah. Insya Allah, cik kayangan akan cerita tentang tu lain kali..
Berikutan dengan tajuk post cik kayangan kali ini, “Antara SUNAT dengan HARAM”, ade 1 kisah sebenarnya yang berlaku beberapa jam yang lepas. Satu kejadian yang amat menyedihkan cik kayangan sebagai orang Islam… Cik kayangan tahu, yang diri ini serba kekurangan malah penuh dengan dosa. Tetapi, sebagai hamba Allah yang telah diutuskan sebagai khalifah di bumi ini, kita sepatutnya berusaha untuk menjadi seorang hamba yang bertaqwa. Melihatkan sesetengah org tidak melaksanakan rukun Islam yang ke-2, menunaikan solat 5 kali sehari semalam hati cik kayangan meruntun sayu..Bukan siapa mereka itu…mereka itulah yang bersama cik kayangan setiap hari.. Apa-apa pun, cik kayangan serta yang lain cuba menasihati dengan cara yang paling hakus…antara berjaya ataupun tidak, terpulanglah kepada mereka. Yang penting, cik kayangan serta yang lain telah terlepas dari tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti….





sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Perhitungan yang mula-mula sekali dilakukan seorang hamba di akhirat nanti ialah solat. Jika baik solat maka baiklah segala amalan-amalan yang lain dan jika rosak solat maka turut rosak segala amalan yang lain"

Sabda Rasulullah lagi:

"Sesiapa menjaga solat dengan baik, solat itu memberi kepadanya cahaya, menjadi bukti dan bercahaya di akhirat nanti, jika sesiapa tidak menjaga solat tidak ada baginya cahaya, tidak ada baginya bukti dan kejayaan dan pada hari kiamat bersama Qarun, Firaun dan Ubai bin Khalaf"

Sabda Rasulullah lagi:

"Batas pemisahan antara seorang itu dengan kufur ialah meninggalkan solat"





Berkaitan dengan kisah yang berlaku, asalnya kawan baik cik kayangan iaitu CIK DOT.DOT membaca doa iftitah…tetapi ade sedikit kekeliruan dalam bacaan itu sehingga CIK DOT.DOT terus blank meneruskan bacaan. Maka, kuarlah suara-suara sumbang yang mengatakan macam2… seolah-olah CIK DOT.DOT telah melakukan sesuatu yang amat berdosa besar. Yang nak dijadikan kisah, insan yang mengeluarkan suara sumbang itu adalah seorang hamba Allah yang tidak melaksanakan kewajiban dia menunaikan solat.. malah, dengan bangga mengatakan bahawa dirinya yang tidak solat ini pun taw baca doa iftitah dengan lancar..Masya Allah…berderau darah ni.  Dengan serta merta, CIK DOT.DOT terus terang mengatakan yang dia jarang membaca doa tersebut dalam solat. Cik kayangan pun mengakui kadang-kadang cik kayangan sendiri pun tidak membaca doa iftitah tersebut.. cik kayangan terlepas cakap yang doa iftitah ni baca dalam rakaat pertama dan kedua.. Maka, lagi rancaklah hamba Allah tu berkata, “eh,bukan ke doa iftitah bace dalam rakaat pertama je ke?? Tu kan ikrar kite dalam solat??” Cik kayangan ni sebenarnya dh tertukar dengan bacaan surah… Tergamamnya cik kayangan time tu..taw pun yang doa iftitah tu ikrar kita, tp yang peliknya nape dia yang berkata tu tidak solat??hmmm….. Seterusnya, kedengaran lagi suara sumbang dari 2 insan, “eh, aku tak pernah tak baca doa iftitah dalam solat”… siapakah mereka?? Mereka itulah yang jarang menunaikan solat, solat bila nak exam, solat bila org suruh, solat bila ditimpa masalah besar dan mereka itulah juga insane yang melambatkan mandi wajib!!! Jadi, keadaan yang sebenarnya…… mereka itu tetap x bace doa iftitah sebab mereka tidak solat…bukan ke begitu,tuan hakim???

Cik kayangan dengan CIK DOT.DOT hanya menjadi seorang hamba Allah yang begitu jahil dalam kalangan mereka2 tersebut. Kami hanya berdiam diri….Mengakui kelemahan diri.. Rasa malu la jugak bile ditegur dengan mereka2 itu… Tapi, cik kayangan dengan CIK DOT.DOT berasa amat kecil hati. Apekah mereka itu tidak tahu malu bile menjadi seorang yang taw serba serbi tetapi tidak melaksanakan pun tanggungjawab yang wajib tuh??? Mengakui yang diri tu tak solat kat orang lain??? Wahai CIK DOT.DOT….apa daya kita??? Semoga Allah membuka hati mereka, semoga hati mereka masih lembut  untuk berdetik nak menunaikan solat…. Dan CIK DOT.DOT, jangan rasa rendah diri….apa-apa pun tingakat diri dalam mempelajari agama Allah. Kita sama-sam perbaiki apa yang lemah….Cik kayangan pun learned something yang cik kayangan xtaw pun dr CIK DOT.DOT malam td.. Terima kasih ya, CIK DOT.DOT!!!

Jadi, kalian semua...persoalan sekarang ini...antara meninggalkan perkara sunat dengan haramnya meninggalkan solat??? apa kata kalian? walau apa-apa pun, cik kayangan teringat pesanan arwah mualim Bahrin yang mengajar cik kayangan mengaji dulu, kalau kita buat perkara haram,kite dapat dosa..kalau kita buat perkara sunat, kita dapat pahala..kalau kita tinggal perkara sunat kita akan rugi..... 
sekian, jumpa lagi.... ;)