.

Monday, August 9, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


salam...


Pejam celik, pejam celik Ramadhan kian menghampiri..bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam....bulan yang penuh dengan keberkatan...bulan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya untuk umat manusia serta pintu neraka ditutup rapat. Bukti kasih sayang Allah SWT kepada hambaNya dengan memberi peluang untuk beramal ibadat sebagai bekalan menuju ke akhirat. Dengan segala persedian dari segi amalan-amalan sunat dari bulan rejab, sya'aban...Insya Allah, bulan ramadhan dapat kita tempuhi dengan penuh pengertian. Sering kali kita melihat,mendengar tentang adanya kemaksiatan yang tetap berlaku walaupun di bulan ramadhan di mana setahu kita semua syaitan dan iblis yang terkutuk telah digari, diikat supaya tidak menganggu umat manusia.. Adakah kita terfikir kenapa semua ini berlaku??

Setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan semestinya memerlukan persedian.. nak mengahadapi exam,perlukan persedian iaitu, revision..kalau nak bagi ucapan di majlis..perlukan persediaan iaitu, teks ucapan..kalau nak pergi melancong perlunya persediaan dengan menyediakan duit yang mencukupi untuk shopping (shopping ajer aku nieh..huhuhu).... Begitu jugalah untuk menyambut ramadhan..perlunya ada persediaan..bukan persediaan dari segi pasang lampu kelip-kelip ke..pelita ke,langsir baru ke,barang-barang makanan..tapi yang paling utama ialah amal ibadat..sudahkah kita menetapkan keazaman untuk ramadhan kali ini?? Segala amalan-amalan sunat di bulan rejab dan sya'aban juga merupakan satu persediaan bagi menyambut bulan ramadhan..di mana dari situlah kekuatan iman kita terbina...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Syukur kepada Allah SWT atas peluang kita semua untuk terus hidup di muka bumiNYA ini dan bertuahnya kita kerana masih dapat menyambut ramadhan al mubarak...buat kalian semua, saya mohon maaf atas segala salah dan silap saya sepanjang saya hidup ini...semoga saya dapat menghadapi ramadhan dengan penuh ketenangan dan penuh kesyukuran.begitu juga buat kalian...

Buat bonda yang dikasihi, selamat menyambut ramadhan al mubarak... Doakan kejayaan anakmu di sini dan dipermudahkan segala urusan.Sesungguhnya, berdoa di bulan ramadhan adalah mustajab lebih-lebih lagi doa darimu,mak.... walaupun tidak dapat berpuasa bersama-sama di awal ramadhan, insya Allah kita dapat berpuasa bersama-sama bila anakmu ini dapat cuti nanti... Nantikan kepulangan anakmu....

sekian......



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


senangkanlah hatimu....



Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkahlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas kasihan-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawa satu perasaan di dalam lindungan Tuan.

Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh. Jika engkau mencinta tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu!

Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih, laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan.

Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.

p/s: Nukilan dari Senangkanlah Hatimu, Tasawuf Moden oleh Hamka


~http://airmien.wordpress.com/2010/08/04/senangkanlah-hatimu/~

renungan

"DALAM KALANGAN BINATANG TIADA MANUSIA TAPI DALAM KALANGAN MANUSIA ADAYA BINATANG"