.

Saturday, October 9, 2010

bila diri rindukan pantai,ombak dan laut

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia
akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah
sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak,
berbahagialah kerana cinta tumbuh dihatimu.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita.Mengingatkan
kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati
kita yang paling dalam.Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa
kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai
kita seperti kita mencintai dia.

 Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

 

 

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka 

dimulai dari telinga.

Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup 

dengan menutup telinga.

Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang 

kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan 

terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. 

 

Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan
bercinta dengan orang yang salah sebelum 
bertemu dengan orang yang tepat, kita harus 
mengerti bagaimana berterima kasih atas 
kurniaan itu.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika 

kamu bertemu seseorang yang sangat bererti 

bagimu.

Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya 

menjadi tidak bererti dan kamu harus 

membiarkannya pergi. 




Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. 




 Dengan cinta, kita belajar mengenal perasaan, kita belajar mendidik jiwa, kita belajar menahan sabar. Cinta juga membawa manusia kepada sebuah kemuncak keindahan.Ketinggian taraf sebuah cinta tiada bandingan. Kita berkenalan dengan cinta kerana ketentuanNya. Kita dianugerahkan dengan nilai sebuah kasih-sayang juga kerana telah ditetapkan oleh Nya. Bermula dengan perasaan kasih, menyemai sebuah ikatan ukhwah, dan seterusnya menguntumkan bunga-bunga cinta. Oh, alangkah indahnya. Tapi, kadangkala cinta membuatkan kita lalai, lupa pada hakikat sebenar makna sebuah cinta. Kita lelap dipangkuan dan belaian cinta. Kita tewas dengan alunan-alunan rentak kemungkaran. Semuanya berlaku kerana kita belum punya Cinta Yang Maha Esa. Cinta abadi bukan letaknya pada rangkulan cinta manusia, juga bukan letaknya pada hebat cinta seorang insane tapi tunduknya kita pada keihklasan sebuah ikatan yang ditengah-tengahnya terletak sebuah cinta yang paling agung. Hormatilah cinta kerana itu adalah anugerah yang paling indah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Muliakan cinta yang kita miliki biar menjadi sebuah hamparan indah untuk menjadi sokongan di kala melalui jalan-jalan kehidupan. Jangan jadikan diri kita hamba kepada sebuah cinta. Jadikanlah cinta itu sahabat kepada seorang manusia yang bergelar si pencinta. Sentiasalah berdoa agar cinta yang kita miliki ini mempuyai harga yang paling tinggi nilainya di sisi Allah. Biarkan ia bergemerlapan di waktu kegelapan. Tapi awas,walau sehebat manapun cinta manusia, percayalah bahawa cinta yang lebih agung dari cinta-cinta lain adalah apabila kita kecewa kerana cinta, kita luahkan kekecewaan kita kepada si pendengar yang setia iaitu Allah. Dialah adalah tuan empunya segala cinta. Dia juga takan abaikan semua hamba-hambaNya.
"Entah kenapa sejak dua menjak ini, hati aku bertaut kembali kepada dia yang pernah singgah di hati walaupun aku sudah meredhakan dia pergi dari hati aku...Entah kenapa, kenangan bersama dia dulu terus menerus bermain di fikiran sehingga aku merasakan baru semalam semua itu berlaku...Entah kenapa, jiwa aku seakan-akan menitipkan harapan kepadanya walaupun aku tahu harapan itu hanya akan tinggal harapan..."