.

Wednesday, April 7, 2010

Salam

Hmm..dah 3 hari saya di wad 8 medikal lelaki…Alhamdulillah,semuanya ok la..Cuma ada la beberapa perkara yang agak tidak sedap untuk diingatkan….Penat lelah yang saya dan kawan-kawan lain usahakan dibalas dengan kata-kata yang amat sinis.Memang tanggungjawab kami untuk menjaga keselamatan,kebersihan di wad lebih-lebih lagi untuk patient-patien sekalian,malah kami tidak mengharapkan balasan pun.Kami lakukan seikhlas hati kami... Tapi,kami juga manusia di mana kadang-kadang kami terlepas pandang satu dua perkara..Melakukan kesalahan,kesilapan.Tapi,janganlah sampai menuduh kami tidak buat kerja. Apa-apa pun,tahniah kepada kawan-kawan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus mengemas wad yang macam tongkang pecah kepada wad yang tersusun,kemas,dan sedap mata memandang….Biarpun kita tak dapat kejar banyak cross untuk minggu ini,tapi semoga kepuasan bekerja itu wujud dalam hati kita semua.Insya Allah

Dah 2 hari saya di wad 8, muka saya dah kena ‘cop’ untuk dimarahi dengan sister nieh..huhuhu..tidak mengapalah..banyak benda yang saya belajar dari situ. Bila terkenangkan balik,lawak pula jadinya. Semoga semangat saya terus berkobar untuk berbakti kepada pesakit-pesakit di wad…Terkenagkan harapan mak,semangat mak kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang nursing ni saya kuatkan juga semangat yang ada.. Tanpa semangat dari mak,rasanya saya sudah lama keluar dari bidang ini. Terima kasih mak…..Syukur,Alhamdulillah.sejak saya masuk bidang inilah hubungan saya dengan mak bertambah akrab sehingga ada kawan gelarkan saya anak manja…. Saya tak kisah dengan gelaran tu.Bertambah suka,adalah….Ada hikmat disebalik kata-kata tu……

Baru-baru ini,saya ke kedai buku untuk mencari bahan bacaan bagi memenuhi masa senggang yang ada. Saya memang suka membaca. Kalau tidak berkesempatan mendapatkan bahan-bahan bacaan seperti majalah,novel or lain-lain saya akan online dan search blog-blog yang member informasi yang bermaanfaat terutamanya berkaiatan dengan isalam.. Kebetulan semasa saya mencari buku yang hendak dibeli, dengan izin Allah,saya terjumpa buku yang saya idam-idamkan… DENYUT KASIH MEDIK… cerita yang mengisahkan seorang doctor pelatih yang berusaha menegakkan syariat Islam dalam kerjayanya sebagai seorang doctor. Buku ini menarik perhatian saya kerana terkenangkan cita-cita saya untuk menjadi doctor tidak kesampaian,so teringin sekali saya menerokai sebenar-benar kehidupan seorang doctor. Kebetulan pula, kehidupan sebagai seorang doctor agak tiada bezanya dengan kehidupan seorang nurse. Cuma, sedia maklum yang cabaran menjadi seorang doctor tiada tandingan dengan kerjaya lain..

Terkenangkan seorang teman yang sudah lama tidak dihubungi. Berat rasa di hati untuk mengganggu dia. Semoga dia sihat dan dalam keadaan yang baik-baik sahaja…. Tatkala masalah menimpa diri ini,dialah teman yang sentiasa member sokongan dan dorongan. Tapi,memandangkan jarak kami yang terlalu jauh,serta kebatasan waktu yang menghalang untuk saya berkongsi kesedihan saya atas kegagalan yang menimpa pada hari ini. Barangkali,Allah sudah tidak mengizinkan untuk saya berkongsi cerita dengan dia lagi..Apa-apa pun,semoga Allah berikan yang terbaik buat kami…
Bukan senang nak bina kembali kekuatan diri setelah jatuh ditimpa ujian.. Jikalaulah sebelum ini saya sering member kata-kata semangat,motivasi kepada kawan-kawan saya yang lain,kenapa bila tiba waktu saya,mesti saya merasa amat lemah,amat sedih,kecewa??? Kenapa kata-kata positif yang saya hemburkan dari mulut saya sendiri tidak meresap ke dalam hati saya?? Persoalan yang berlegar-legar di fikiran ketika ini. Jadi,muhasabahlah wahai diri. Carilah mana silapmu,mana kelemahanmu…. Perelokkanlah apa yang tidak elok. Sekurang-kurangnya,jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Ambillah masa tenangkan hatimu yang celaru ini. Dekatkanlah diri kepada Yang Maha Mencipta. Sesungguhnya, DIA lebih mengetahiu apa yang engkau tidak ketahui..

Semoga kegagalan ini menambahkan lagi ketabahan dan kesabaran di hati..insya Allah……sekian……