.

Friday, February 11, 2011

lemahnya aku


Ya Allah…
Sesungguhnya hamba insan yang lemah…
Ya Allah..
Aku tersungkur dengan ujian dan dugaanMu..
Aku tahu, aku penuh dengan kelemahan dan kekurangan
Aku lemah dalam segalanya..
Dalam kehidupan seharian, dalam persahabatan, dalam percintaan..
Yang paling penting,
Aku lemah dalam mengabdikan diriku kepadaMu..
Ya Allah..
Sesungguhnya aku tahu cinta sejati hanya cinta kepadaMu…
Tapi, aku terus hanyut dalam cinta insani..
Sudah banyak airmata ini mengalir kerana cinta kepada manusia…
Ya Allah…. Jauhnya aku dariMu…
Ya Allah…
Engkau tunjukkan aku apa yang telah berlaku terhadap org yang aku saying
Engkau bukakan mata hati aku…
Sesungguhnya cinta dunia, cinta manusia adalah buta…
Akan menjadi parah sekiranya mengikut hawa nafsu
Akan hilang pedoman hidup jika tidak megawal jiwa dan perasaan…
Ya Allah..
Hamba mohon kepadaMu…
Pimpimlah daku… dijalanMu..
Janganlah biarkan hati ini, jiwa ini terus kabur dengan cinta duniawi..
Ya Allah..
Aku lemah….
Lemah dalam persahabatan…
Ternyata aku masih jahil dalam mengenali ape erti sahabat??
Apa erti kawan?
Apa erti rakan??
Apa erti teman??
Aku termenung sendiri..
memikirkan kata-kata indah dalam persahabatan…

Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu  dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah –
(Saidina Ali bin Abi Thalib)

Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. –
(Imam Umar bin Abdul Aziz)

Ya Allah..
Apakah aku betul-betul layak menjadi seseorang
Yang bergelar sahabat???
Dengan kekurangan aku
Kelemahan aku..
Mampukah aku???
Mmapukah aku menjadi seseorang sahabat yang betul-betul menepati ciri-ciri
Untuk menjadi sahabat??
Ya Allah….