.

Friday, May 21, 2010

hati manusia, sape yang taw???

salam.......

selamat hari Jumaat semua....Hari ni agak suram bekerja di wad ortopedik lelaki (wad 3). Patient yang menghiburkan hati kami telah transfer ke wad 2...Ini bermakna uncle sudah tidak lama lagi akan pulang ke rumah.Apa-apa pun, Alhamdulillah... uncle Lim makin sihat dan makin pulih. Uncle Lim amat happening orangnyer...Banyak nasihat yang die tinggalkan untuk kami, student-student nurse ni. Kata-kata yang amat bermakna buat saya ialah, jangan banyak bercakap kerana bila kita banyak bercakap kita akan banyak menunjukkan kelemahan kita, kekuarangan kita dan bila kita bercakap terlalu banyak ternyata apa yang ada dalam hati kita akan dapat ditonjolkan melalui percakapan kita.. kalau apa yang ada dalam hati kita tu baik-baik sahaja tak mengapa. Tapi, macam mana yang buruk-buruk?? Fitrah manusia, tidak akan terlepas dari bersangka buruk.. hurm, thanks uncle!! saya akan ingat kata-kata uncle tue. Sering kali uncle beri nasihat, kat mana pun you all, jaga diri elok-elok even dengan kawan baik sendiri. Zaman sekarang amat susah nak jumpa kawan yang sebetul-betulnya kawan. Banyak kawan pada zaman sekarang ni, menjadi lawan dalam sekelip mata aje.

Hati manusia siapa yang tahu kan?? Jangan disangkakan orang yang selalu dengan kita, yang rapat dengan kita, yang berkongsi banyak benda dengan kita akan bersama dengan kita sampai bila-bila... Malah,dalam sekelip mata, tanpa salah atau silap kita boleh kehilangan mereka. Maksud hilang di sini bukan mereka diculik, or disorok oleh sesiapa. Maksud hilang bermaksud, tiada lagi erti perkongsian, kesetiaan, keteguhan dalam persahabatan..kalau dulu sering kali menceritakan masalah, story2 or whatever la..tapi kini tidak lagi berlaku.

Susah sebenarnya nak mencari maksud yang mendalam apa itu kawan yang sejati... Apa-apa pun, biarlah niat untuk berkawan adalah kerana Allah Ta'ala..SWT. Justeru, bertemu dan berpisah kerana Allah..Lebih diberkati dan dirahmati. Bagi kalian semua, renungi kembali niat yang sebenarnya anda mengenali sesorang itu?? adakah benar anda ingin berkawan dengan mereka dengan seikhlas hati anda?? Bukan disebabkan paras rupa, harta, darjat,populariti.......??? Segala jawapan ada pada hati kalian masing-masing.......Malah, saya juga kini masih mencari kembali niat saya berkawan dengan seseorang itu?? Adakah betul-betul ikhlas dari hati saya?? Semoga yang terbaik untuk kalian dan juga untuk diri saya sendiri... salam ukhuwah dari saya untuk semua...