.

Friday, April 9, 2010

tamat sudah....

salam...

Alhamdulillah,syukur kepada Allah atas kesihatan yang dikurniakan kepadaku sehingga hari ini. Walaupun ada sedikit masalah, Insya Allah,mudah-mudahan akan cepat diselesaikan. Semoga masalah ini tidak melarat untuk masa-masa akan datang. Kalau melarat,terpaksalah mendapatkan rawatan dengan doktor....

Hari ini saya keluar wad agak lambat. Hampir pukul 3 petang baru keluar. Alang-alang menunggu kawan menyiapkan tugasan bersama seorang pesakit di bilik acute, sempat jugak la berborak-borak dengan staff nurse yang bertugas. Kebetulan, ada jugalah sedikit sebanyak kerja-kerja ringan yang dapat di laksanakan sementara menunggu kawan siap dengan kerjanya.

Balik ke bilik seperti biasa. Merasakan nikmat hari Jumaat kian terasa. Tidak seperti hari-hari lain. Subhanallah..... Sesungguh hari Jumaat adalah sebaik-baik hari, penghulu segala hari... Semoga rahmat dan berkat Allah bersamaku pada hari ini dan hari yang mendatang..Amin....

Selesai membersihkan diri, seperti biasa saya buka laptop untuk meng"online" kan diri..huhuhu..Sebentar cuma.... Saya off kembali dan rehat sebentar untuk mengurangkan rasa penat badan ni.. Baru nak lelapkan mata, azan asar berkumandang... Dalam keberatan,saya gagahkan hati untuk bangun..Amatlah berdosa kepada sesiapa yang tidah membangkitkan dirinya ketika azan berkumandang. Apatah lagi, bercakap..... Perbuatan yang tidak menghormati azan....

Selesai azan, saya rebahkan kembali badan ke katil..Tapi memandangkan takut tertidur lebih baik saya bangun.. saya habiskan membaca buku DENYUT KASIH MEDIK. Alhamdulillah,saya sempat menghabiskan juga dalam masa 5 hari... Saya mempercepatkan pembacaan saya memandangkan ramai kawan saya ingin meminjamnya... Masya Allah....novel kali ini ialah novel yang terbaik yang pernah saya baca.. Mengisahkan perjalanan seorang houseman yang bertungkus lumus menengakkan syariat Islam dalam tugasan beliau... Dalam hati saya berdetik, "Ya Allah, jikalaulah doktor-doktor Islam di Malaysia seperti Dr. Muslih ini......"

Petangku berlalu dengan pantas..Sesungguhnya masa kini cepat berjalan tanpa menoleh kebelakang. Sesekali, teringatkan maksud ayat Al-Ikhlas yang bermaksud......."

"Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. "
(103:1-3)

Cukuplah setakat di sini dulu.. Insya Allah,ada kelapangan saya akan coretkan segala isi hati di sini lagi..

S