.

Friday, December 24, 2010

cerita ini cerita itu


Salam..
Wah2, sudah lama koi (saya dalam loghat org Pahang)  tak update ini blog…hehehe. Tengah berseronok cuti sem… Alhamdulillah, after this holiday dah nak masuk sem 4. So, dah separuh jalan koi berada dalam bidang nursing ini. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah atas kekuatan dan semangat yang Engkau berikan kepada hambaMu ini walaupun kadang-kala berbekalkan airmata. Syukur yang tidak terkira atas keputusan exam final yang telah lama koi harapkan akhirnya menjadi kenyataan.. apa-apa pun, koi kena work harder to makesure koi dapat apa yang koi impikan di penghujung garisan penamat koi dalam bidang misi nie…




Alhamdulillah, atas kurniaan rezeki yang Allah berikan kepada koi… Akhirnya koi dapat juga beli laptop dan broadband dari duit koi sendiri. Semoga lebih mendapat keberkatan dari usaha koi sendiri. Amin… Walaupun terpaksa korek duit dari simpanan tabung haji…hmmmm,rasa sayang yang tak terkira sebab duit tu disimpan untuk ke Tanah Haram 1 hari nanti tapi, koi akan berusaha untuk kembali menyimpan duit supaya koi dapat jugak menjejakkan kaki di Tanah Haram.. Insya Allah…




Cuti kali ini banyak menghabiskan masa di rumah…kemas rumah, memasak…main dengan askar-askar kecik (anak-anak sedare) hehehehe… tengok tv…yang kelakarnya,dah lama koi tak tengok tv. Mulalah bila tengok drama ke,ape ke duk tanye macam-macam…last2, rupanya first dan last jugaklah koi tengok cite tuh..cite ape erk?? Ooohh, cite Ahmad Durrah x silap koi..hehhehee…nak tengok berita…xde mood..asyik-asyik pasal politik yang tak habis-habis menunjukkan perpecahan antara sesama manusia…boring2! Langsung tak memberi apa-apa faedah kepada generasi muda..


Coretan kali ni jugak nak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kawan koi yang kecik molek, sarah raisuddin…eh! Silap2… SARAH ARUPIN yang akhirnya dapat jugak fly..hehehe..tumpang gembira buat sarah!! Aisyh..!! jeles2…sorang lagi kawan koi fly without wings ke Negara orang. Bilalah koi nak merasa ke sana..hmm…… Anyway, sarah! Take care yourself yerp!! Belajar elok2, rajin2… kot2 dapat jodoh kat sana, mana tau erk?? Hehehhee… duduk kat sana nanti jangan lupa mak ayah, kawan-kawan terutamanya aja yang chubby nie..huhuhu saranghae!!!




So, naik cuti nie, Insya Allah koi akan ambil test JPJ untuk lessen kereta. Lulus tak lulus tue x taw la nak kata macam mana.. tawakal je lah…  Yang pasti, buat yang terbaik.. chaiyok2 buat kak ira akan sama-sama akan ambik test kereta nanti..hehehe




Ok lah, koi tak taw nk cite ape sebenarnya..saje2 nk update blog nie. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru.. So, time untuk buat senarai azam untuk tahun depan. Semoga tahun yang akan datang ini memberi semangat dan kekuatan dalam memajukan diri sendiri, keluarga, agama, bangsa, negara, bla..bla..bla… dan sempena usia ladang rumput yang telah diusahakan oleh tukang kebun telah menjangkau sebulan lebih, koi doakan semoga ladang rumput ini akan terus menyerikan hari-hari yang akan mendatang!! Heheheehee 

:)









Monday, December 6, 2010

selamat tahun baru

salam...

sekejap sahaja masa berlalu..1432 hijrah mendatang dan berlalulah 1431 hijrah,...semoga kita semua dikuatkan iman dan diteguhkan tiang agama kita....Kuatkan semangat untuk mencapai azam kita pada tahun baru ni...Insya Allah....



Thursday, December 2, 2010

mampukah aku??

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...



Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta di dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
 

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...


Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
 
 
(PUISI DR BLOG Dr. CINTA)
 
 







Sunday, November 21, 2010

rehat seketika

salam...

dah lame tak update blog..huhuhu. after habis exam, kena sambung balik praktikal di wad. dapat posting wad 17 (wad kanak-kanak medical). tersangat mencabar!!! kes-kes yang berat jugak la...tapi, satu pengalaman yang best sangat sepanjang posting kat wad kanak-kanak...!! huhuhu......

mendengar macam-macam celoteh anak-anak di wad, melayan kerenah masing-masing...huhuhu...permata hati ayah bonda,penyejuk hati dan jiwa!! walau ditimpa dugaan Allah dengan 'ketidaksihat' (ada ke perkataan ni??) tapi, keceriaan tetap terpancar di wajah masing-masing..

dalam melayan kerenah mereka yang mencuit hati, mendengar macam-macam perkataan yang keluar dari mulut mereka..seperti, "mama, nak uwun (turun)", "nanak, atit-atit (tak nak, sakit-sakit)", "papa,uwar apik dah bacah, ukar la (seluar dah basah, tukar la)"...hehehhee..banyak lagi la....comel-comel je bunyinye...

main dengan anak-anak di wad sampai sakit pinggang ni...duduk dukung sorang pas sorang...lebih-lebih lagi yang beratnya sampai 10kg lebih...huaaaaa......tembam-tembam belaka then, yang paling penting comel!!! huhu.so, apa lagi?? sedap la duduk mencium-cium pipi-pipi yang montel-montel!! hahahaha...habis merah pipi si chubby-chubby dikerjakannya..hehehhehe.bukan apa, dapat jugak la melepaskan rindu kepada askar-askar kecik yang dah lama tak jumpa..cepat la cuti.tak sabar nak balik!!!


dalam keseronokan bermain dengan anak-anak di wad, ada juga kisah yang menyentuh hati dan perasaan...dalam beberapa hari barulah terdetik hati ni masuk ke bilik isolation 1 yang menempatkan kanak-kanak yang kronik ataupun berpenyakit yang mudah berjangkit. sambil membaca sejarah hidup adik ini, jiwa tersentuh sangat-sangat. rupa-rupanya adik yang berusia 11 tahun ini menghidap HIV. adik ini merupakan mangsa keadaan yang di mana dia terpaksa menanggung penderitaan akibat kesalahan ayahnya yang merupakan seorang penagih dadah. adik ini merupakan anak yatim piatu dan tinggal bersama mak ciknya..syukur, kerana adik ini masih mempunyai saudara yang masih menerima insan sepertinya yang mempunyai penyakit yang dipandang keji oleh ramai. namun begitu, melihatkan keadaan dia, hati ini berkata adakah anak ini akan menerima nasib yang sama seperti ayah dan ibunya?? semoga Allah memberimu ketabahan dan kekuatan untuk terus bersemangat meneruskan kehidupan dik...dengan azam,semangat dan jiwa yang kental serta tidak putus asa akan memberi sinar dalam hidupmu.... "Ya Allah, berilah adik ini kekuatan dalam menempuhi liku-liku kehidupannya kerana dia adalah anak yang tidak berdosa yang tidak tahu apa-apa. Amin..." dan untuk kalian di luar sana, beringatlah. segala tindak-tanduk kita mungkin tidak memberi kesan kepada diri kita. tapi, mungkin ia akan memberi kesan kepada generasi kita, keturunan kita, anak,cucu cicit kita yang akan datang...seperti dadah, rokok, judi, rasuah dan zina....janganlah biarkan mereka tanggung derita akibat daripada kesalahan yang kita lakukan sedangkan mereka tidak bersalah...berilah mereka peluang untuk hidup dengan kesejahteraan...jangalah memusnahkan masa depan mereka yang akan memberi sinar kepada dunia....

kisah kedua mengenai adik dibilik isolation 2 yang menghidap penyakit kanser. rambutnya habis gugur disebabkan kesan ubat kemoterapi yang hampir masuk kali ke-4... adik ni baru sahaja berumur 2 tahun lebih...Ya Allah, lebih kurang sebaya dengan anak sedaraku..." sesungguhnya ujian Allah sungguh besar buat dirimu,adik. semoga cepat sembuh dan dapat kembali bermain dengan kawan-kawan dirumah nanti...lepas itu, boleh pergi sekolah, belajar dan bermain bersama rakan-rakan yang lain...ok??

terkenangkan adik una yang pernah diceritakan pada post sebelum ini. Alhamdulillah, awal november baru-baru ini adik una telah selamat menjalani pembedahan jantung di IJN...semoga adik una cepat sembuh ya...dan kepada akak fatimah amirah (kakak kepada adik una) semoga Allah terus memberi akak kekuatan dalam menjaga amanah arwah parent akak untuk menjaga adik-adik akak yang lain dengan baik...

itulah coretan hidup.....kadang-kadang kita sangka ujian, dugaan yang melanda kita adalah sehebat-hebat ujian, dugaan..tapi, sedarilah bahawa lebih ramai lagi orang di luar sana yang mendapat ujian dan dugaan yang lebih hebat dari kita...sesungguhnya ujian dan dugaan itu datang dari Allah, Yang Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa...jangan berputus asa untuk menadah tangan berdoa kepadaNya...sesungguhnya DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...

semoga segala pengalaman aku di wad kanak-kanak meberi peringatan dan pengajaran dalam diri ini....

"bersabar dan tabahlah wahai diri......"

Saturday, November 6, 2010

bahagia itu derita, derita itu bahagia..

kini baru la aku sedar bahawa derita aku, dugaan yang aku hadapi selama ini berikan aku kebahagiaan...menjadikan aku lebih menghargai apa ertinya kehidupan..Alhamdulillah dengan apa yang Allah berikan kepada aku sekarang ini...setiap yang berlaku ada hikmahnya...tapi,sesungguh aku bahagia kini aku tetap harus beringat kadang-kadang bahagia ini adalah derita sekiranya aku tidak bersyukur dengan apa yang aku dapat...nikmat ALLAH, hak milik Allah..dalam sekelip mata sahaja DIA boleh ambil kembali nikmat itu..."Ya Allah, jadikanlah daku seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan nikmatMu dan juga segala suka duka yang telah Engkau berikan kepadaku..."

adat hidup, kita tidak dapat lari dari melukakan hati insan lain walaupun kita tidak berniat untuk melakukan sedemikian...apa dayaku, insan yang penuh dosa yang serba kekurangan yang penuh dengan kelemahan untuk menjaga hati semua orang agar tidak terluka dengan tindakan aku....kadang-kadang aku mengeluh sendirian kerana aku tidak ingin melukakan sesiapa pun sebab setiap insan yang wujud dalam hidup aku adalah insan yang penting bagiku...merekalah yang akan menolong aku ketika senang ataupun susah,tapi ada sahaja yang terluka dengan aku...  :(

dan buat insan yang hadir dalam hidup aku...sesungguhnya dikau hadir memberi aku 1001 rasa yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata...syukurnya aku tiada terkira...walaupun baru perkenalan kita masih lagi putik tetapi ianya berbunga umpama mengharumi seluruh alam...indahnya ukhuwah kita sehingga terbit kasih sayang yang tidak dapat aku katakan nilainya...semoga kasih sayang antara kita berkekalan buat selamanya...dan aku harapkan kasih sayang kita mendekatkan lagi diri kita kepada Maha Pencipta umat manusia.  semoga hubungan kita diberkati dan dirahmati Allah... buat dirimu, inginku katakan.."Hadirku adalah untuk menjadi temanmu, memberi kata-kata peringatan...Dan bukan untuk melalaikanmu...Adanya diriku adalah sebagai penghembus semangat jihadmu, Bukan penggoyah imanmu...Namun, seandainya hadirnya diriku dalam dirimu ini...membuatkan dikau terleka, lalai dan resah......ingin aku katakan bahawa aku rela untuk pergi dari hidupmu demi cinta yang abadi dan hakiki...cinta kepada ILLAHI....". kita sering takut dengan kata perpisahan..tp,ingat sayangku...dalam dunia ini tidak ada apa yang kekal...semua yang kita milikki adalah milik Yang Maha Esa... Justeru,yang aku harapkan yang aku inginkan, kita berdoa dan tawakal kepadaNya sesungguhnya yang terbaik hanyalah dari DIA Yang Maha Berkuasa....



buat sahabat-sahabat yang sentiasa mendampingiku....kemanisan ukhuwah kita kuat dalam hati ini...betapa besar pengorbanan kamu semua memberikan aku gelak ketawa tatkala aku gundah gelana...ukhuwah fillah, semoga persahabtan kita terus berkekalan..insya Allah.....


dan yang terakhir, buat insan yang terluka kerana aku....maafkan aku...tiada kata yang dapat aku ungkapkan kepada kamu...sesungguhnya aku sudah melakukan yang terbaik...maaf kerana membuat anda terluka..kuatkanlah semangatmu...semoga Allah memberi hidayah kepada kamu...walaupun ada yang mengatakan akan berundur dari hidupku....aku tidak bisa menghalang...tp,aku harap ianya tidak berlaku kerana ukhuwah kita kerana Allah..kenapa mesti berlaku sedemikian??? jangan ikut kata hati... apa-apa pun,maaf dariku dan semoga yang terbaik untukkmu....


sesungguhnya bila kita berada dalam kebahagiaan, kita tidak sedar bahawa bahagia itu juga merupakan dugaan dan cabaran dari Allah.. Dia ingin menguji sejauh mana keimanan hambanNya dalam mengahdapi kebahgiaan..adakah mereka akan lupa kepada Pencipta Kebahagiaan itu...?? Tidak semestinya dugaan Allah hadir dengan segala keperitan, kesusahan kesempitan, dan kesedihan........padahal, kesemua itu juga merupakan nikmat Allah kepada hambaNya yang menjadikan hambaNya lebih mengerti kemanisan iman...

sekian...

Friday, October 22, 2010

berSABARlah untuk menjalani keHIDUPan yang SEMENTARA dan menanti keHIDUPan yang KEKAL ABADI.

jiwa yang kacau semenjak dua menjak ni memang mengganggu emosi. bila diri masih tertanya-tanya apakah hikmah di sebalik takdir yang Allah telah tetapkan untukku? memikirkan kerjaya yang penuh cabaraan yang memerlukan kesabaran yang tinggi bersertakan niat yang tulus ikhlas yang diiringi pengorbanan, kadang-kadang diri mrasakan lemah, kecundang  dan akhirnya lemas dengan kekurangan diri. aku sangkankan apa yang telah aku hadapi selama ini sudah cukup untuk menabahkan hati aku, menguatkan semangat aku, meneguhkan jati diri aku...tapi ternyata apa yang telah berlaku pada diri aku sejak minggu lepas, aku masih lagi lemah..... kalau sebelum ni, aku lantang berbicara, petah berkata-kata kepada sahabat-sahabat yang mempunyai masalah, yang dilanda ujian supaya merka tabah dan sabar...moga-moga mereka kuat semangat...tapi, bila aku sendiri yang mengalami keadaan demikian, aku lupa segala apa yang aku telah katakan kepada sahabat-sahabat aku....aku hilang kata-kata semangat untuk diri aku padahal selama ini aku bukan main lagi memberi kata-kata semangat buat sahabat-sahabat aku.... dan akhirnya aku rasa bahawa aku gagal...gagal memotivasikan diri aku sendiri.....

"Ya Allah,sesungguhnya hamba adalah insan yang terpilih untuk menerima dugaanMu ini....Berikan hamba jalan keluar dari kesesakan jiwa.....iklaskan hati ini untuk menerima qada' dan qadar Mu dan teguhkan tiang imanku agar aku mendapat hidayah, rahmat dan berkatMu..Amin...."

Tuesday, October 19, 2010

kepadaMU Kekasih


 
KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
...Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini









Sunday, October 17, 2010

when i miss him so mch....

salam....






Hari nie rase epy sgt2...First time bawa kerete....huhuhu..hari yang penuh gelak ketewe...tapi,bila aku balik ke bilik,terkenangkan time beborak dengan cik nan ( pengajar dan pengurus lesen kete ) ntah kenapa hati ni jadi sayu dan terkenangkan abah......masa mule2 sampai kat pusat latiham memandu, sementara tunggu cik nan and proses lesen, aku mesej akak aku ape yang aku rase..berdebor kowt...then,msj kawan2 yg rapat....tapi, agak terkedu dan agak terkesan di hati bila dengar perbualan kak ira dengan abah die....hmmmmm.....syoknyer!! ntah la...bestnye kalau dapat buat mcm tue...tp......nk wat mcm mane kn....peliklah. aku dh lame dengan kak ira..selalu sgt dengar perbualan die dgn abah die...tp,setiap kali dengar tu la kadang-kadang buatkan ati aku nie merasakan sesuatu......mase balik dr belajar kete, cik nan belanja mkn...tengok care die layan kami mcm ank2 die. natah mcm mane aku lak terspontan menceritakan something kt die...sememangnye die seorang yang byk pengalaman.....kate2 die penuh dgn kate2 nasihat..."INGAT,JANGAN SAMPAI YG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIGENDONG BERCICIRAN".....ntah la,tibe2 jew terpikir...bestnye kalau aku ade abah sekarang nie....
Abah........i don't know how to say right...but,i'm really2 miss u!!!! very much!!!!


Saturday, October 9, 2010

bila diri rindukan pantai,ombak dan laut

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia
akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah
sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak,
berbahagialah kerana cinta tumbuh dihatimu.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita.Mengingatkan
kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati
kita yang paling dalam.Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa
kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai
kita seperti kita mencintai dia.

 Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

 

 

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka 

dimulai dari telinga.

Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup 

dengan menutup telinga.

Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang 

kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan 

terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. 

 

Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan
bercinta dengan orang yang salah sebelum 
bertemu dengan orang yang tepat, kita harus 
mengerti bagaimana berterima kasih atas 
kurniaan itu.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika 

kamu bertemu seseorang yang sangat bererti 

bagimu.

Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya 

menjadi tidak bererti dan kamu harus 

membiarkannya pergi. 




Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. 




 Dengan cinta, kita belajar mengenal perasaan, kita belajar mendidik jiwa, kita belajar menahan sabar. Cinta juga membawa manusia kepada sebuah kemuncak keindahan.Ketinggian taraf sebuah cinta tiada bandingan. Kita berkenalan dengan cinta kerana ketentuanNya. Kita dianugerahkan dengan nilai sebuah kasih-sayang juga kerana telah ditetapkan oleh Nya. Bermula dengan perasaan kasih, menyemai sebuah ikatan ukhwah, dan seterusnya menguntumkan bunga-bunga cinta. Oh, alangkah indahnya. Tapi, kadangkala cinta membuatkan kita lalai, lupa pada hakikat sebenar makna sebuah cinta. Kita lelap dipangkuan dan belaian cinta. Kita tewas dengan alunan-alunan rentak kemungkaran. Semuanya berlaku kerana kita belum punya Cinta Yang Maha Esa. Cinta abadi bukan letaknya pada rangkulan cinta manusia, juga bukan letaknya pada hebat cinta seorang insane tapi tunduknya kita pada keihklasan sebuah ikatan yang ditengah-tengahnya terletak sebuah cinta yang paling agung. Hormatilah cinta kerana itu adalah anugerah yang paling indah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Muliakan cinta yang kita miliki biar menjadi sebuah hamparan indah untuk menjadi sokongan di kala melalui jalan-jalan kehidupan. Jangan jadikan diri kita hamba kepada sebuah cinta. Jadikanlah cinta itu sahabat kepada seorang manusia yang bergelar si pencinta. Sentiasalah berdoa agar cinta yang kita miliki ini mempuyai harga yang paling tinggi nilainya di sisi Allah. Biarkan ia bergemerlapan di waktu kegelapan. Tapi awas,walau sehebat manapun cinta manusia, percayalah bahawa cinta yang lebih agung dari cinta-cinta lain adalah apabila kita kecewa kerana cinta, kita luahkan kekecewaan kita kepada si pendengar yang setia iaitu Allah. Dialah adalah tuan empunya segala cinta. Dia juga takan abaikan semua hamba-hambaNya.
"Entah kenapa sejak dua menjak ini, hati aku bertaut kembali kepada dia yang pernah singgah di hati walaupun aku sudah meredhakan dia pergi dari hati aku...Entah kenapa, kenangan bersama dia dulu terus menerus bermain di fikiran sehingga aku merasakan baru semalam semua itu berlaku...Entah kenapa, jiwa aku seakan-akan menitipkan harapan kepadanya walaupun aku tahu harapan itu hanya akan tinggal harapan..."

Friday, October 8, 2010




I praise Allah for sending me you my love

You found your home and sail with me

And I`m here with you

Now let me let you know

You`ve opened my heart

...I was always thinking that love was wrong

But everything was changed when you came along

OOOOO

And there is a couple words I want to say

Chorus:

For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you...loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I…I`ll be there for you


I know it deep in my heart

I feel so blessed when I think of you

And I ask Allah to bless all we do

You`re my wife and my friend and my strength

And I pray we`re together in Jannah

Now I find myself so strong

Everything changed when you came along

OOOO

And theres a couple word I want to say


*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here

Infront of me I strongly feel love

And I have no doubt

And I`m singing loud that I`ll love you eternally


Repeat Chorus

I know that deep in my heart..

Thursday, October 7, 2010

sakit hati, tulang rusukmu??

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....

Nota Kasih Sayang :
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.



Monday, October 4, 2010

senyumlah

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.

Dengan senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.
 
Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda.
 
Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.

Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang.

Jangan tertawa melaihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.

Bicaranya ...ialah senyum.
 
Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirsakan hari panas.

Jangan engkau tertawa di tempat yang tidak menghairankan,jangan berjalan tanpa mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu,jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal,dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.

Berapakah harga ketawa yang diakhiri denagn ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.