.

Friday, August 20, 2010

kedamaian hati


~ Sukarnya hati ini ~

Sukarnya memahami hati sendiri,
kerana akal dan hati selalu tak sekata.
Hati mahu lupakan dia…
hati mahu lepaskan dia..
hati mahu lenyapkan memori bersama,
hati mahu padamkan cinta.

tapi,
hati enggan mendengar kata,
hati enggan melepaskan cinta,
hati enggan memadam memori,
walau hati parah terluka.
sakit bila terluka..dan dilukai..
pedihnya, rindu didustai..
pilunya, kasih separuh hati,
sedihnya, cinta dimata, bukan dijiwa.
merana jiwa, bila kasih lain yang dipuja,
siksa raga, bila rindu lain yang dinanti,
dia memberi bukan sepenuh hati,
dia menyintai bukan sepenuh raga,
dia menyayangi, bukan seikhlas hati,

tapi 
hati ini tetap begini,
hati ini tak mahu melupakan dia,
hati ini tak mahu membuang dia,
hati ini masih mahu bertahan,
hati ini masih mahu menagih kasih,
hati ini masih mahu menyintai,
hati ini masih mahu membeli jiwa.

walaupun semakin hari semakin sakit,
walau semakin hari semakin pedih,
walau semakin hari semakin luka,
walau semakin hari semakin tercarik,
sukarnya melayan kehendak hati,
sukarnya melayan kehendak jiwa,
sukarnya melayan kemahuan perasaan,
sukarnya melayan rasa cinta yang menyiksa.

akal waras kalah dek kehendak rasa,
akal waras mengalah bahana gelora jiwa,
akal waras tak mampu melawan kemahuan hati,
akal waras sering dilupakan demi melayan kehendak cinta.

kenapa ada insan yang tak mahu mengerti,
kenapa ada insan yang tak mahu menghargai,
kenapa ada insan yang tak menyedari.
kenapa ada insan yang memandang sepi,

sukarnya memahami hati sendiri,
susah lagi memahami hati orang lain,
sukarnya melayan perasaan sendiri,
susah lagi melayan perasaan orang lain.
sukarnya mengikut kehendak hati sendiri,
sukar lagi mengikut kehendak hati orang lain,
sukarnya melawan perasaan sendiri,
sukar lagi melawan perasaan orang lain.

hari ini, bertekad untuk berlalu pergi,
esok, pasti hati berubah lagi..
hari ini, hati mahu melupakan dia,
esok, hati kembali menganyam cinta.
hari ini, tak mahu mengingati dia lagi,
esok, dia juga yang dicari.
hari ini, ku mohon agar hati bisa tabah menghadapi,
esok, hati kembali mohon dicintai.
hari ini, semua kenangan mahu dilupakan,
esok, diari lama dibuka kembali.
hari ini, dibina tembok pemisah, kononnya utuh,
esok, dengan mudah tembok diruntuh…
sukarnya melawan perasaan ini sendiri,

kenapa dia tak mengerti,
kenapa dia tak memahami,
kenapa dia tak menyedari.
setiap hari, mencari kekuatan,
setiap hari, mencari kebenaran,
setiap hari, cuba melupakan,
setiap hari, cuba tetapkan hati.

tapi,
setiap hari juga dia kembali,
setiap hari dia datang mencari,
setiap hari dia menjengah,
setiap hari, dia seakan tak mahu pergi.
sering bertanya sendiri,
cinta siapa di dalam hatinya,
kasih siapa bertahta di sanubarinya,
wajah siapa di dalam mindanya,
milik siapa jiwanya..



Ya Allah,
berikan aku kekuatan,
berikan aku ketetapan hati,
berikan aku petunjukmu,
berikan aku jalan,

Ya Allah,
ku mohon ketenangan,
Andai dia bukan untukku,
hilangkan dia dari ingatan,
hilangkan rasa cinta ini,
hilangkan rasa kasih yang makin mendalam,
hilangkan rindu yang semakin mendendam,

hati tak mampu lagi bertahan,
hati tak mampu lagi memendam rasa,
hati tak mampu lagi menipu diri,
hati tak mahu selamanya begini.

biarlah hati ini tenang sendiri,
biarkan hati ini aman sendiri,
biarkan hati ini tiada penghuni,
biarkan hati ini begini seketika…
ku lepaskan dia pergi…
biarkan dia mencari cintanya,
lepaskan dia dari ikatan perasaan,
bebaskan dia dari penipuan…
semoga dia ketemu cintanya,
semoga dia ketemu idaman,
semoga dia ketemu apa yang hilang,
semoga dia ketemu apa yang dicarinya…
yang tiada dalam diri ini…
yang tak sempurna dalam diri ini..



http://www.kedamaian-hati.com/?p=392


sabar itu kekuatan diri...



" Ya Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana, berikanlah daku kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini. Dunia ini dan segala isinya tidaklah bermakna tanpa redhaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, ampunkanlah daku sekiranya pernah ku menduakanMu. Sesungguhnya daku insan yang lemah lagi hina, tidak berniat daku untuk mengingkariMu, apatah lagi untuk mensyirikkanMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, daku bersyukur kepadaMu kerna Kau telah memberikan daku sedetik sinar kehidupan tatkala bayang kegelapan semakin mengelilingiku. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, sesungguhnya daku sedar bahawa setiap apa yang daku sangkakan baik itu mungkin tidak baik di pandangan Mu. Engkaulah Pencipta ku dan hanya Kau lah yang memahami apa yang terbaik untuk ku. Esok lusa mungkin ku akan kembali kepada Mu, terimalah daku Ya Allah, sesungguhnya cukuplah Engkau bagiku. Lailahaillallah..."