.

Friday, May 21, 2010

hati manusia, sape yang taw???

salam.......

selamat hari Jumaat semua....Hari ni agak suram bekerja di wad ortopedik lelaki (wad 3). Patient yang menghiburkan hati kami telah transfer ke wad 2...Ini bermakna uncle sudah tidak lama lagi akan pulang ke rumah.Apa-apa pun, Alhamdulillah... uncle Lim makin sihat dan makin pulih. Uncle Lim amat happening orangnyer...Banyak nasihat yang die tinggalkan untuk kami, student-student nurse ni. Kata-kata yang amat bermakna buat saya ialah, jangan banyak bercakap kerana bila kita banyak bercakap kita akan banyak menunjukkan kelemahan kita, kekuarangan kita dan bila kita bercakap terlalu banyak ternyata apa yang ada dalam hati kita akan dapat ditonjolkan melalui percakapan kita.. kalau apa yang ada dalam hati kita tu baik-baik sahaja tak mengapa. Tapi, macam mana yang buruk-buruk?? Fitrah manusia, tidak akan terlepas dari bersangka buruk.. hurm, thanks uncle!! saya akan ingat kata-kata uncle tue. Sering kali uncle beri nasihat, kat mana pun you all, jaga diri elok-elok even dengan kawan baik sendiri. Zaman sekarang amat susah nak jumpa kawan yang sebetul-betulnya kawan. Banyak kawan pada zaman sekarang ni, menjadi lawan dalam sekelip mata aje.

Hati manusia siapa yang tahu kan?? Jangan disangkakan orang yang selalu dengan kita, yang rapat dengan kita, yang berkongsi banyak benda dengan kita akan bersama dengan kita sampai bila-bila... Malah,dalam sekelip mata, tanpa salah atau silap kita boleh kehilangan mereka. Maksud hilang di sini bukan mereka diculik, or disorok oleh sesiapa. Maksud hilang bermaksud, tiada lagi erti perkongsian, kesetiaan, keteguhan dalam persahabatan..kalau dulu sering kali menceritakan masalah, story2 or whatever la..tapi kini tidak lagi berlaku.

Susah sebenarnya nak mencari maksud yang mendalam apa itu kawan yang sejati... Apa-apa pun, biarlah niat untuk berkawan adalah kerana Allah Ta'ala..SWT. Justeru, bertemu dan berpisah kerana Allah..Lebih diberkati dan dirahmati. Bagi kalian semua, renungi kembali niat yang sebenarnya anda mengenali sesorang itu?? adakah benar anda ingin berkawan dengan mereka dengan seikhlas hati anda?? Bukan disebabkan paras rupa, harta, darjat,populariti.......??? Segala jawapan ada pada hati kalian masing-masing.......Malah, saya juga kini masih mencari kembali niat saya berkawan dengan seseorang itu?? Adakah betul-betul ikhlas dari hati saya?? Semoga yang terbaik untuk kalian dan juga untuk diri saya sendiri... salam ukhuwah dari saya untuk semua...

Sunday, May 16, 2010

LILIN SEORANG GURU









~SELAMAT HARI GURU~

Pernah langkah ku payah

Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri

Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah

Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu

Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia

Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Lagu & Lirik : Cikgu Khairul, Mie.. inteam & Munif Ahmad (Hijjaz)

Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.


Friday, May 14, 2010

syukur......

salam.....

Alhamdulillah....berakhir sudah final exam semester ini... Malam ini,prepare untuk dinner sempena Nurses Day...Alhamdulillah, telah buat yang terbaik. Hanya doa sahajalah untuk yang terbaik. Sekiranya sebuah kejayaan itu yang terbaik untukku, Alhamdulillah..Sekiranya kegagalan itu yang terbaik untukku, Alhamdulillah..tapi,harap tidak akan membuatkan mak dan family merasa kecewa kepadaku.Sesungguhnya yang terbaik hanya pada Allah..... Setiap yang berlaku ada hikmahnya... Yang pasti, exam kali ini memberi sedikit kepuasan dalam diri.. Dengan apa yang telah dilalui, sedikit sebanyak membekalkan kekuatan dan semangat untuk terus menghadapi dugaan dan ujian........

Kepada semua sahabat seperjuangan, selamat hari jururawat sedunia...Semoga pengorbanan kita sebagai student nurse dan bakal menjadi stafnurse akan diberkati Allah dan segala pekerjaan kita adalah seikhlas hati yang tulus.. Setiap pekerjaan yang kita lakukan merupakan salah satu ibadat kita kepada Allah......

Salam sayang dan ukhuwah untuk kalian....
Buat mak, selamat hari ibu... terima kasih kerana membesarkan anak-anakmu dan yang paling teristimewa, memberi semangat di saat-saat anakmu ini hendak ke dewan peperiksaan untuk final exam...doakan kejayaan anak mu ini........

Thursday, May 13, 2010




Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…


Monday, May 10, 2010

hurm.....harus terima segalanya..


kalau itu yang membahagiakan dia...
aku rela untuk melepaskan dia...
tapi...........
maaf untuk ku katakan....
aku terpaksa menjauhkan diri darimu.........
bukan kerana inginkan memutuskan silaturrahim yang terjalin antara kita..........
tapi kerana untuk kebaikkanmu jua..
bagi memenuhi kehendakmu.......
ku turutkan juga..
walaupun seksanya jiwaku ,sedihnya hatiku.......
walaupun manisnya pertemuan kita........
tidak mungkin akan memberi keindahan
perpisahan kita..
adakah perpisahan ini kerana Allah???
tiada jawapan untuk itu..
apa-apa pun,
apa yang inginku katakan,
mengenalimu teman,
adalah yang teristimewa bagiku...
yang terindah untukku....
aku tak pasti jika engkau pun begitu...
maaf teman..
kerana menyerabutkan keadaan...
menyesakkan hidupmu............
semoga engkau bahagia sehingga ke akhirnya.....
hanya itu harapan ku yang sering aku ungkapkan dalam doaku
di setiap sujud terakhirku..........

Ya Allah.......
yang terbaik adalah hanya dari Mu....
syukur padaMu, Ya Allah...
atas pertemuan dan perpisahan kami ini...
jika pengakhiran ini adalah yang terbaik untukku...
aku redha....
sesungguhnya,
orang beriman ialah percaya kepada Qada' dan QadarMu....
cuma yang aku pinta...
kuatkan semangatku..
tabahkan hati aku....
titipkanlah hikmah di atas setiap apa yang telah berlaku ini..............
semoga apa yang Engkau berikan kepadaku ini
menambahkan ketaqwaan aku kepadaMu........
Amin.........

Sunday, May 9, 2010

tanda-tanda kematian




Tanda-Tanda Kematian

100 hari

sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari

sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP


Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT
semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu sama ada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT sama ada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. WALLAHUA`LAM

Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati
hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal. Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

Thursday, May 6, 2010



Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu mencintai seseorang, meski kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas, tapi kamu tetap mencintainya…??
Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu cintai, meski kamu tahu ia takkan pernah peduli ataupun ia peduli dan mengerti, tapi ia tetap pergi…???
Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta, tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia, bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah…???

Aku pernah………
Aku pernah tersenyum meski ku terluka kerana ku yakin Allah tidak menjadikannya untukku…
Aku pernah menangis kala bahagia, kerana ku takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja…
Aku pernah bersedih kala bersamanya, kerana ku takut aku kan kehilangan dia suatu saat nanti, dan……
Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya, kerana sekali lagi, cinta tak harus memilikki, dan Allah pasti telah menyiapkan yang terbaik untukku meski ianya pahit bagiku
Aku tetap bisa mencintainya, meski ku dapat berada di hatinya untuk dicintai, kerana memang cinta ada dalam jiwa, dan bukan ada dalam raga……
Dan kini perasaan itu tetap teguh dalam hati…hanya Allah yang mengetahui semua ini…

Sunday, May 2, 2010



Nora - Secebis Harapan Lirik

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal

Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan…