.

Friday, February 4, 2011

menghampiri penghujung usia



Salam…

Sudah lama meninggalkan ruangan blog nie kesepian… kesibukkan di kolej dan assignment yang berat-berat semester kali ni membataskan untuk terus mengupdate blog nie…huhuhu… terlalu banyak yang hendak diceritakan sampai tak tahu mcm mn nak mulakan and cite ape yang nak dikongsikan…huhuhu…

Bersyukur pada Allah atas kesempatanNya memberi aku peluang untuk terus hidup selama 20 tahun ni…Aku masih diberi peluang menikmati nikmatNya yang tiada terkira…Alhamdulillah…semoga aku menggunakan peluang ini sebaik mungkin… Rasa penuh keinsafan apabila umur semakin meningkat di mana penghabisan usiaku semakin dekat….apakah ibadat, amal jariah sudah cukup menampung kehidupan aku di sana kelak???

“ Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau memberi petunjuk dan hidayah kepadaku”….

Semakin umur meningkat, semakin tercabarlah dalam menghadapi liku-liku kehidupan di dunia ini yang penuh pancaroba…. Apakah mampu aku menghadapi semua ini dengan hati yang cekal dan sabar?? Aapakah nanti, aku mampu memperjuangkan agama Allah?? Berjihad keranaNya?? Ya Allah, apabila persoalan itu bermain di jenak pemikiran….hati menjadi gundah-gulana.. Betapa lemah hambaMu ini, ya Rabbi….
Apa-apa pun, setiap mukmin ada senjatanya sendiri..iaitu DOA….yang aku mampu adalah berusaha, berdoa dan tawakal kepadaMu, ya Allah…. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas sesuatu perkara….Yang Maha Agung….

Buat bonda yang telah mengandungiku selama 9 bulan, menahan kesakitan,bertarung nyawa demi melahirkan seorang zuriat, menyusukanku, menjagaku melebihi keperluan diri sendiri, mendidik dan mengasuh,memberi pelajaran dan yang paling penting mendidik aku menjadi seorang insan yang beragama Islam….







Terima kasih yang tidak terhingga buat bonda….walaupun ucapan terima kasih ini tidak dapat menandingi segala apa yang telah bonda berikan kepada ankanda selama ini…Anakanda hanya mampu berdoa semoga bonda dirahmati dan diberkati Allah selalu, diberi kesihatan tubuh badan utk beribadat dan hanya Allah sahajalah yang mampu membalas budi baik, jasa dan pengorbanan yang telah bonda lakukan buat anakanda selama ni… Dan pada hari ini, dirimulah merupakan mak dan abah buat aku dan adik-beradik yang lain….

Buat para sahabat yang mendoakan kejayaan dan kesejahteraanku sempena hari lahir yang ke-20 pada 7 januari 2011, terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua…semoga kita sama2 mengecapi kejayaan..Insya Allah….

Ada 1 kisah yang telah berlaku pada hari lahirku pada tahun lepas yang memberi kesan mendalam kepadaku sehingga ke hari ini.. apa-apa pun, semua itu hanyalah tinggal kenangan …

Di saat hati meruntun kesayuan mengimbau kenangan lalu, akhirnya aku tersenyum jua...terima kasih kepada yang telah memberikan senyum kepadaku.... (^ ^)






tengs kepada semua yg terlibat