.

Sunday, March 21, 2010

exam

salam buat semua...

22/3/2010 (isnin) saya akan menghadapi peperiksaan.....bukan final.tapi format kali sedikit berbeza dari sebelumnya..umpama seperti final.semoga peperiksaan kali ini merupakan persediaan serta memberi semangat dan membina keyakinan diri untuk peperiksaan final pada bulan 5 akan datang. Insya Allah.. Adat hidup saya, setiap kali peperiksaan tiba,pelbagai dugaan akan bertandang tanpa diundang..Tapi,sebagai hambaNya yang lemah saya harus hadapinya dengan sabar dan tabah..Alhamdulillah, pertolongan daripadaNya memberi saya jalan keluar,mahupun ada juga sesetengah yang masih belum selesai, yang masih bergantung tanpa sebarang kesudahan.Namun ketengan dan ketenteram hati yang Allah bekalkan kepada saya memberi kekuatan dan semangat sehingga tidak menganggu kosentrasi saya untuk mengulangkaji pelajaran.. Malah,dugaan yang Allah timpakan kepada saya sedikit sebanyak menguatkan kecintaan saya kepada Allah Yang Maha Esa..
Terbaca saya kepada satu cebisan ayat "Cintailah penderitaan & ujian getir kehidupan kerana ia adalah sunnah para Rasul & nabi juga jalan hidup Kekasih2 Allah. Ia adalah anugerah terhebat, hadiah yang termahal kerana tidak yang pernah berani memintanya! Justeru tika payah, ikhlas & berbahagialah... Dlm doa & ayat2Nya, kau akan dipimpin untuk menyintaiNya..." Sejenak air mata saya mengalir deras. Terima kasih Ya Allah. Seperti dulu,setiap kali hati dilanda keresahan,kesusahan,kekecewaan....mak lah tempat saya mendapatkan penawar selain berdoa kepada Illahi. Mendengar suara mak,sudah cukup mendamaikan hati yang lara,yang kebingunggan.Tambahan pula dengan kata-kata semangat mak sebagai bekalan saya menghadapi peperiksaan. Alhamdulillah...... Biarpun kasih seorang abah tidak dapatku raih kini,namun kasih mak mengubat hati seorang anak yang amat merindukan kasihnya seorang abah. Dialah mak,dialah abah selama lebih 7 tahun.......




Tiada manusia yg berjaya dlm semua yg dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan.Yg penting ialah kita tak mjdi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad




Kegagalan sebenarnya memberi banyak pengertian kepada kita. Membuatkan kita bermuhasabah dengan apa yang telah kita lakukan,yang kita uasaha. "Kenapa kita gagal" Dari situ kita akan melihat kembali sebanyak mana usaha yang telah kita usahakan, sekukuh mana ukhuwah kita dengan orang-orang di sekeliling kita, sebaik mana ikatan kemesraan dengan ibu bapa dan yang paling utama sedekat mana hati kita dengan hati ALLAH S.W.T??? Lantas,dari situlah kekuatan untuk meneruskan perjuangan akan mencetus dalam diri. Janganlah mudah berputus asa... Tidak salah rasa sedih atas kegaaglan diri kerana fitrah manusia untuk merasa sedih dengan kegagalan yang menimpa. Tapi,harus kita ingat bahawa setiap apa yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik dan setiap yang berlaku ada hikmahnya....Bangkitlah,kerana kita generasi umat Islam yang akan menghadapi pelbagai lagi dugaan dan cabaran....Jadikanlah kegagalan satu medan untuk kita berjaya pada hari-hari esok..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya terhadap kebaikan. Bersungguh-sungguh lah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu mengatakan “seandainya aku melakukan begini niscaya akan begini dan begini”, akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentakdirkan hal itu, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan “seandainya” akan membuka perbuatan syaitan”
--diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah r.a--

Mohonlah pertolongan Allah S.W.T sesungguhnya Allah sentiasa rindukan suara-suara hambaNya berdoa kepadaNya.. Allah Maha Penyanyang dan Maha Pemurah..Dia sentiasa bersama hambaNya tidak kira apa juga keadaan. Maka,janganlah kita sombong dan angkuh untuk berdoa meminta pertolongan kepada Allah. Walaupun kita merupakan seorang yang bijak pandai,belum tentu segala apa yang kita kerjakan,usahakan mendapt berkat daripadaNya...Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Berkuasa...DIA berkuasa untuk memberikan nikmat kepada sesiapa sahaja hambaNya,malah DIA juga berkuasa untuk menarik kembali kenikmatan itu...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Semoga azam,semangat dan kekuatan dalam diri ini dapat membantu saya menghadapi peperiksaaan pada hari esok. Berbekalkan ilmu di dada, dan usaha sebagai pengasah diri untuk berjaya serta doa sebagai senjata semoga hati ini tenang dan dipermudahkan segala urusan.. Amin...

Semoga kejayaan milik saya dan juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa bersama di barisan hadapan dalam mengejar ilmu pengetahuan.

Buat barisan tenaga pengajar,terima kasih atas pengorbanan kalian yang tidak dapat dibalas walaupun gaji kalian masuk every month untuk mengajar kami kerana pengorbanan kalian berlandaskan keikhlasan yang menggunung tinggi sehingga tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Doakan kejayaan kami...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini