.

Tuesday, August 31, 2010

akan ku jumpa



~AKAN KU JUMPA~

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.


Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta

Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia
kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu


kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara


Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu





Friday, August 27, 2010

perginya dia....




Abah, 
begitu lama dirimu meninggalkan kami sekeluarga…. Begitu lama dirimu pergi dan membiarkan anak-anakmu yang masih dahagakan kasih-sayangmu… 

Abah,
Dirimu pergi tanpa sempat memberi aku peluang untuk memohon keampunan daripadamu.....betapa ralatnya anakmu ini…

Abah,
Dirimu pergi tanpa sempat memberikan aku peluang untuk membuktikan kejayaan aku kepadamu…yang selalu menekankan bahawa betapa pentingnya ilmu itu….

Abah,
Dirimu meninggalkan aku tanpa sempat aku berbakti kepadamu….membalas segala budi dan jasamu abah…

Abah,
Betapa rindunya aku kepadamu abah….betapa sekejap sahaja kita dapat bersama…bilakan lagi kita dapat bertemu kembali abah???

Abah,
Semakin aku matang,semakin aku mengerti apa itu pengorbanan yang dirimu berikan kepada aku walaupun kadang-kadang terdapat ketidaksehaluan antara kita..tapi,sesungguhnya ternyata apa yang dirimu lakukan adalah yang terbaik untukku..

Abah,
Tidak pernah terungkap di bibir ini dengan satu kalimah..tapi,jauh tersirat dihati ini abah….ingin sekali aku meluahkan bahawa….

“AKU SAYANG PADAMU, ABAH….”




Thursday, August 26, 2010

sweet.......

~They say past is past. We need to move on to see the future. But how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future…~





~Someday someone might come into your life and love you the way you've always wanted. If your someday was yesterday, lean... If your someday is tomorrow, hope..... If your someday is today, CHERISH...........~

 

 

 

Monday, August 23, 2010

no mood......

sorry....macam2 nak postkn kat blog nie..tp,memandangkan mood x berape ok....next time la saye cerite ape2 kat blog nnti ok??
cau cincau!!!

Friday, August 20, 2010

kedamaian hati


~ Sukarnya hati ini ~

Sukarnya memahami hati sendiri,
kerana akal dan hati selalu tak sekata.
Hati mahu lupakan dia…
hati mahu lepaskan dia..
hati mahu lenyapkan memori bersama,
hati mahu padamkan cinta.

tapi,
hati enggan mendengar kata,
hati enggan melepaskan cinta,
hati enggan memadam memori,
walau hati parah terluka.
sakit bila terluka..dan dilukai..
pedihnya, rindu didustai..
pilunya, kasih separuh hati,
sedihnya, cinta dimata, bukan dijiwa.
merana jiwa, bila kasih lain yang dipuja,
siksa raga, bila rindu lain yang dinanti,
dia memberi bukan sepenuh hati,
dia menyintai bukan sepenuh raga,
dia menyayangi, bukan seikhlas hati,

tapi 
hati ini tetap begini,
hati ini tak mahu melupakan dia,
hati ini tak mahu membuang dia,
hati ini masih mahu bertahan,
hati ini masih mahu menagih kasih,
hati ini masih mahu menyintai,
hati ini masih mahu membeli jiwa.

walaupun semakin hari semakin sakit,
walau semakin hari semakin pedih,
walau semakin hari semakin luka,
walau semakin hari semakin tercarik,
sukarnya melayan kehendak hati,
sukarnya melayan kehendak jiwa,
sukarnya melayan kemahuan perasaan,
sukarnya melayan rasa cinta yang menyiksa.

akal waras kalah dek kehendak rasa,
akal waras mengalah bahana gelora jiwa,
akal waras tak mampu melawan kemahuan hati,
akal waras sering dilupakan demi melayan kehendak cinta.

kenapa ada insan yang tak mahu mengerti,
kenapa ada insan yang tak mahu menghargai,
kenapa ada insan yang tak menyedari.
kenapa ada insan yang memandang sepi,

sukarnya memahami hati sendiri,
susah lagi memahami hati orang lain,
sukarnya melayan perasaan sendiri,
susah lagi melayan perasaan orang lain.
sukarnya mengikut kehendak hati sendiri,
sukar lagi mengikut kehendak hati orang lain,
sukarnya melawan perasaan sendiri,
sukar lagi melawan perasaan orang lain.

hari ini, bertekad untuk berlalu pergi,
esok, pasti hati berubah lagi..
hari ini, hati mahu melupakan dia,
esok, hati kembali menganyam cinta.
hari ini, tak mahu mengingati dia lagi,
esok, dia juga yang dicari.
hari ini, ku mohon agar hati bisa tabah menghadapi,
esok, hati kembali mohon dicintai.
hari ini, semua kenangan mahu dilupakan,
esok, diari lama dibuka kembali.
hari ini, dibina tembok pemisah, kononnya utuh,
esok, dengan mudah tembok diruntuh…
sukarnya melawan perasaan ini sendiri,

kenapa dia tak mengerti,
kenapa dia tak memahami,
kenapa dia tak menyedari.
setiap hari, mencari kekuatan,
setiap hari, mencari kebenaran,
setiap hari, cuba melupakan,
setiap hari, cuba tetapkan hati.

tapi,
setiap hari juga dia kembali,
setiap hari dia datang mencari,
setiap hari dia menjengah,
setiap hari, dia seakan tak mahu pergi.
sering bertanya sendiri,
cinta siapa di dalam hatinya,
kasih siapa bertahta di sanubarinya,
wajah siapa di dalam mindanya,
milik siapa jiwanya..



Ya Allah,
berikan aku kekuatan,
berikan aku ketetapan hati,
berikan aku petunjukmu,
berikan aku jalan,

Ya Allah,
ku mohon ketenangan,
Andai dia bukan untukku,
hilangkan dia dari ingatan,
hilangkan rasa cinta ini,
hilangkan rasa kasih yang makin mendalam,
hilangkan rindu yang semakin mendendam,

hati tak mampu lagi bertahan,
hati tak mampu lagi memendam rasa,
hati tak mampu lagi menipu diri,
hati tak mahu selamanya begini.

biarlah hati ini tenang sendiri,
biarkan hati ini aman sendiri,
biarkan hati ini tiada penghuni,
biarkan hati ini begini seketika…
ku lepaskan dia pergi…
biarkan dia mencari cintanya,
lepaskan dia dari ikatan perasaan,
bebaskan dia dari penipuan…
semoga dia ketemu cintanya,
semoga dia ketemu idaman,
semoga dia ketemu apa yang hilang,
semoga dia ketemu apa yang dicarinya…
yang tiada dalam diri ini…
yang tak sempurna dalam diri ini..



http://www.kedamaian-hati.com/?p=392


sabar itu kekuatan diri...



" Ya Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana, berikanlah daku kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini. Dunia ini dan segala isinya tidaklah bermakna tanpa redhaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, ampunkanlah daku sekiranya pernah ku menduakanMu. Sesungguhnya daku insan yang lemah lagi hina, tidak berniat daku untuk mengingkariMu, apatah lagi untuk mensyirikkanMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, daku bersyukur kepadaMu kerna Kau telah memberikan daku sedetik sinar kehidupan tatkala bayang kegelapan semakin mengelilingiku. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, sesungguhnya daku sedar bahawa setiap apa yang daku sangkakan baik itu mungkin tidak baik di pandangan Mu. Engkaulah Pencipta ku dan hanya Kau lah yang memahami apa yang terbaik untuk ku. Esok lusa mungkin ku akan kembali kepada Mu, terimalah daku Ya Allah, sesungguhnya cukuplah Engkau bagiku. Lailahaillallah..."


Tuesday, August 17, 2010

kerja oh kerja..



salam..

Hari ini dah masuk hari ke-2 aku masuk kerja di labour room..sejuk...huhuhuu. Tambah sejuk lagi bila nervous sangat-sangat tengok patient-patient melahirkan cahaya mata mereka. First kes, hanya ALLAH sahajalah yang tahu ape yang terbuku dalam sanubari ini.. Ya Allah, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.. Bila tengok satu kes kelahiran, dalam hati ini terlintas betapa besarnya dosa aku kepada mak selama ini... Sungguh memberi pengajaran dalam diri ini. Tidak pernah terfikir akan berhadapan situasi sebegini.. melihat sendiri seorang ibu bersambung nyawa dalam menyelamatkan nyawa anak yang dikandung selama 9 bulan.....Namun, rasa amat bahagia bila melihat sekujur tubuh selamat dilahirkan dan ibu yang tadinya menahan sekuat-kuat kesakitan tersenyum dengan kesyukuran bila pertama kali menatap wajah suci itu... Ya Allah, sunguh tenang bila aku menatap wajah seorang insan yang suci yang tiada dosa...Sungguh besar kekuasaanMu....



Dugaan buat diri aku hari ini bila kesihatan sedikit terjejas tambahan lagi dalam bulan puasa ini... "Ya Allah. semoga sakitnya aku ini penghapus segala dosa-dosa aku... " Harap-harap tidaklah melarat sampai hari esok kerana sedikit sebanyak menganggu prestasi kerja di wad nanti. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada ibu-ibu dalam melahirkan anak dan membesarkan anak-anak mereka... Semoga si kecil yang dilahirkan di dunia ini lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia yang penuh keberkatan ini menjadi seorang khalifah ALLAH yang bertaqwa serta menjadi anak yang soleh dan solehah... 



ODEI ANAK -RAIHAN-

Odei Anak Nokeilah Ko Idaah
Nasusah Mati Yama No Megentian Dika
Odei Anak Nokeilah Ko Idaah
Nasusah Tomod Yamamu Minaganak Dika

Wahai Anak Apakah Kau Mengerti
Betapa Deritanya
Ibu Yang Mengandung
Aduhai Anak Apakah Engkau Tahu
Alangkah Deritanya Ibu Melahirkanmu

Namun Kelahiranmu Adalah Penghibur Hati
Dibelai Dan Dimanja Setiap Hari
Di Malam Hari Tidur Tak Berwaktu
Tapi Tak Mengapa Kerana Kau Disayangi

Hari-Hari Sudah Pun Berlalu
Usiamu Makin Bertambah
Seorang Ibu Sudah Semakin Tua
Namun Terus Berkorban Untuk Sesuap Rezeki
Agar Sempurna Hari Depanmu

Kini Kau Dewasa, Ibumu Telah Pergi
Waktu Yang Berlalu Seakan Memanggil
Sudahkah Kau Curahkan Kasih Sayangmu
Apakah Terbalas Segala Jasanya
Syurga Itu Di Bawah Tapak Kakinya

Hanyalah Anak-Anak Yang Soleh
Bisa Memberikan Kasih Sayangnya
Hanyalah Anak-Anak Yang Soleh
Bisa Mendoakan Hari Akhiratmu
 
 






Wednesday, August 11, 2010

terus menerus

salam...

hari ini hujan lagi... sayu hati au seperti cuaca hari ini.... esok kelas penuh dengan test..kena study hari ini..tapi, dugaan bagi aku.perasaan sedih itu terus menerus menghantui aku....Ya Allah, berat sungguh dugaanMu ini...tenangkan hati hambaMu ini...



Monday, August 9, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


salam...


Pejam celik, pejam celik Ramadhan kian menghampiri..bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam....bulan yang penuh dengan keberkatan...bulan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya untuk umat manusia serta pintu neraka ditutup rapat. Bukti kasih sayang Allah SWT kepada hambaNya dengan memberi peluang untuk beramal ibadat sebagai bekalan menuju ke akhirat. Dengan segala persedian dari segi amalan-amalan sunat dari bulan rejab, sya'aban...Insya Allah, bulan ramadhan dapat kita tempuhi dengan penuh pengertian. Sering kali kita melihat,mendengar tentang adanya kemaksiatan yang tetap berlaku walaupun di bulan ramadhan di mana setahu kita semua syaitan dan iblis yang terkutuk telah digari, diikat supaya tidak menganggu umat manusia.. Adakah kita terfikir kenapa semua ini berlaku??

Setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan semestinya memerlukan persedian.. nak mengahadapi exam,perlukan persedian iaitu, revision..kalau nak bagi ucapan di majlis..perlukan persediaan iaitu, teks ucapan..kalau nak pergi melancong perlunya persediaan dengan menyediakan duit yang mencukupi untuk shopping (shopping ajer aku nieh..huhuhu).... Begitu jugalah untuk menyambut ramadhan..perlunya ada persediaan..bukan persediaan dari segi pasang lampu kelip-kelip ke..pelita ke,langsir baru ke,barang-barang makanan..tapi yang paling utama ialah amal ibadat..sudahkah kita menetapkan keazaman untuk ramadhan kali ini?? Segala amalan-amalan sunat di bulan rejab dan sya'aban juga merupakan satu persediaan bagi menyambut bulan ramadhan..di mana dari situlah kekuatan iman kita terbina...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Syukur kepada Allah SWT atas peluang kita semua untuk terus hidup di muka bumiNYA ini dan bertuahnya kita kerana masih dapat menyambut ramadhan al mubarak...buat kalian semua, saya mohon maaf atas segala salah dan silap saya sepanjang saya hidup ini...semoga saya dapat menghadapi ramadhan dengan penuh ketenangan dan penuh kesyukuran.begitu juga buat kalian...

Buat bonda yang dikasihi, selamat menyambut ramadhan al mubarak... Doakan kejayaan anakmu di sini dan dipermudahkan segala urusan.Sesungguhnya, berdoa di bulan ramadhan adalah mustajab lebih-lebih lagi doa darimu,mak.... walaupun tidak dapat berpuasa bersama-sama di awal ramadhan, insya Allah kita dapat berpuasa bersama-sama bila anakmu ini dapat cuti nanti... Nantikan kepulangan anakmu....

sekian......



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


senangkanlah hatimu....



Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkahlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas kasihan-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawa satu perasaan di dalam lindungan Tuan.

Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh. Jika engkau mencinta tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu!

Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih, laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan.

Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.

p/s: Nukilan dari Senangkanlah Hatimu, Tasawuf Moden oleh Hamka


~http://airmien.wordpress.com/2010/08/04/senangkanlah-hatimu/~

renungan

"DALAM KALANGAN BINATANG TIADA MANUSIA TAPI DALAM KALANGAN MANUSIA ADAYA BINATANG"



Sunday, August 1, 2010

masa yang berlalu...

"masa yang berlalu begitu pantas. bukan senang untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. hidup...bukan mudah untuk hidup. penuh dengan tanggungjawab...terutamanya melaksakan segala janji2 yang telah diungkapkan sebelum lahirnya ke dunia.... sukar untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi Allah ini yang penuh bertanggungjawab, kerana fitrah manusia yang penuh dengan kelemahan,kekurangan. tapi,kuasa Yang Maha Esa...yang menyanyangi hambaNya...segala kesulitan,kepayahan,keperitan....dapat dikurangkan atas belas kasihan Allah SWT.

sukar untuk aku menempuhi hari-hari yang mendatang...sesak jiwa aku dengan kenangan-kenangan dulu yang masih segar di minda. hati yang tidak pernah berubah walaupun tiada apa yang aku dapat dari semua itu..rindu,rindu yang tiada apa dapat diuraikan.... hanya satu yang dapat dilakukan, berdoa dan tawakal kepadaNYA...."