Kalau mencari perbezaan
Yang jelas di mata
Adalah kelainan dan berlawanan
Ketaranya pertentangan
Anggaplah ketidaksamaan itu
Rahmat yang menjadikan kehidupan
Lebih berseri dan bermaya
Merangsang produktiviti
untuk diri dan agama
Mencerna ukhuwah yang meriah
Diskusi dan muzakarah
Sebagai medan menyelesai masalah
Tidak perlu saling menonjol diri
Aku sahajalah yang cantik!
Aku sahajalah yang betul!
Marilah melihat kesamaan....di sebalik perbezaan
Bahawa...."setiap Muslim itu bersaudara"
Bertuhankan Tuhan yang sama
Bernabikan Nabi yang sama
Cuma yang benar-benar membezakan
Yang menjadikan hina atau mulia
Hanyalah keimanan dan taqwa kepadaNya...
~di petik dari Majalah Anis edisi Januari 2011~