.

Saturday, September 11, 2010

salam lebaran


salam...




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin buat semua sahabat dan umat Islam....Berlalu sudah Ramadhan,bulan yang penuh keberkatan. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu kembali Ramadha pada tahun hadapan...Insya Allah... Dan,semoga segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini diterima ALLAH SWT. Namun begitu, janganlah berlalunya ramadhan bermakna makin berkurang amal ibadat yang kita laksanakan... Biarlah berkat Ramadhan kali ini menjadikan kita menjadi seorang manusia yang makin kuat iman, makin teguh pendirian dalam menegakkan agama Islam yang tercinta.

Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan bagi kita semua. Sambutlah dengan penuh kesyukuran atas kenikmatan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.. Inilah salah satu bukti kasih-sayang ALLAH SWT kepada hambaNya. Tapi,sejauh manakah kita menyanyangi ALLAH SWT??? Adakah sekadar ucapan di bibir semata-mata tetapi tiada apa tindakan ataupun perlakuan yang menunjukkan bahawa kita amat menyanyangi ALLAH SWT??? Fikirkan sejenak, dan bermuhasabahlah....


http://feryco.com/hari-membakar-quran


                 






Dalam kegembiraan umat Islam menyambut hari kemenangan, dalam tidak sedar agama kita semakin dikencam oleh bangsa-bangsa laknatullah.... Berikutan  sempena hari peringatan peristiwa 11 September di New York, Amerika Syarikat ,Paderi Terry Jones iaitu penulis buku ‘Islam is of the evil‘ telah berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010. Sedangkan tiada bukti menunjukkan bahawa kejadian tersebut adalah perbuatan orang Islam..

Wahai sekalian umat Islam,janganlah kita berputus dari mendoakan kesejahteraan agama kita..Semoga kita semua diteguhkan hati dan dikuatkan semangat untuk terus menegakkan dan mempertahankan agama Allah yang suci ini....

Lebaran pada tahun ini menggamit perasaan dengan perasaan rindu yang tidak terhingga kepada arwah abah... melihatkan keluarga yang semakin besar dengan kehadiran anak-anak kecil memeriahkan rumah mak tok kali tahun ini. Apa-apa pun,raya tahun ini rasa amat bermakna... Alhamdulillah....
Buat semua sahabat,rakan dan taulan..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin diucapkan...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


No comments: